Mohon klik iklan 1X yer

30 April 2013

Dua Amoi dicabul dalam program DS Najib

Dua mahasiswa 19 tahun dari Kolej Universiti Selatan mendakwa mereka dicabul secara seksual oleh beberapa orang penyokong BN semasa majlis yang dihadiri perdana menteri kerajaan sementara Datuk Seri Najib Razak semalam.

Enggan nama mereka disebut, kedua-dua mahasiswa itu, hadir dengan dua lagi rakannya bagi menceritakan kembali peristiwa itu kepada Malaysiakini ketika ditemui di Johor Bahru hari ini.

Najib hadir ke kolej itu di Skudai, Johor bagi merasmikan majlis pecah tanah untuk kampus barunya manakala dua gadis itu ditugaskan sebagai wanita pengiring bagi menyerahkan pen supaya perdana menteri dapat menandatangani plak.

"Majlis itu diadakan atas sebuah platform di padang. Kami pakai cheongsam.

Bengap sungguh TV tiga suku nih

KANTOI!!. TV3 SIARKAN ADA SEORANG BEKAS AHLI PAS NAMA M.THANASEGARAN..... BETUL KE INI AHLI PAS... BILA MASA PULA ADA AHLI BERAGAMA HINDU??

Semalam di Buletin Utama TV3 menyiarkan berita beberapa warga India sebagai bekas ahli PAS yang sudah masuk BN. Diketuai seorang pemuda nama M. Thanasegaran.

29 April 2013

Rakyat Malaysia sokong atau tolak ulama'?

Berbanding dengan pilihan raya umum (PRU) yang silam, PRU13 menyaksikan lebih ramai ulama ditampilkan untuk menjadi calon.


Keadaan ini wujud bukan sahaja dalam parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan mereka, bahkan parti yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan kepentingan pembangunan fizikal.  


Justeru, untuk mengatakan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sebagai satu-satunya parti yang menampilkan ulama sebagai calon adalah tidak tepat, kerana parti seperti Umno, parti pemerintah dalam gabungan Barisan Nasional (BN), juga turut memberi tumpuan dan tempat kepada ulama dalam setiap PRU.

Ulama RM2Juta Diserang Stroke?

Perangai Tuntutan Agama?


Masjid pun depa orang tibai..

Tengok neh, dinding masjid menjadi mangsa vandalisma oleh golongan yang rendah akhlak dan IQ.

Kerana bermusuh diarena politik, mereka tanpa segan silu telah mencemar kemuliaan masjid dengan menconteng dinding dengan perkataan yang cukup biadap.

Apa nak jadi dengan umat islam Malaysia sekarang neh !!

26 April 2013

Mantan PM Malaysia ada batu tak?


KUALA LUMPUR - Lebih daripada 60 peratus responden yang dipilih secara rawak oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung manifesto masing-masing menjelang hari mengundi 5 Mei ini.


Kajian membabitkan 1,407 responden ini bermula pada 3 April lalu dan berakhir pada 20 April iaitu pada hari penamaan calon. 


25 April 2013

Ini bukti BN ramai penyokong

Parti cap dacing atau Parti cap ayam...


Malang bertingkat tingkat bagi rakyat Malaysia bila melihat kanak kanak sekolah telah dieksploitasikan oleh Umno/bn untuk kepetingan parti mereka...

BN kini dilihat cukup nazak sekali sehingga sangup memperalat apa saja untuk menghalalkan cara bagi mengekal kuasa mereka..

Tamak bin Haloba


Tamak bin Haloba = Kita kena tipu.


Ini adalah senarai Isa Samad pegang jawatan pengerusi.

(01) Felda,
(02) Felda Global Ventures,
(03) Felda Holdings Bhd,
(04) FGV plantations,
(05) Felda Palm Industries S/B,
(06) Felda Agricultural Services S/B,
(07) Felda Technoplant S/B,
(08) Felda Fegetable Oil Products S/B,
(09) Delima Oil Product S/B,
(10) Felda Prodata System S/B,
(11) Felda Engineering Services S/B,
(12) Felda Transport Services S/B,

24 April 2013

Isa memang tak layak lagi jadi YB

Layakkah Isa Samad menang diJempol dan di lantik sekali lagi menjadi menteri kabinet?

Jawabnya TIDAK sama sekali. 
  • Isa Samad pernah menjadi MB N9 agak lama juga, tiada yg boleh dibanggakan.  
  • Terlibat dlm bnyk penjualan tanah yg boleh mencurigakan, contoh Nilai Memorial Park dan jirat mewah cina.
  • Didapati bersalah memjolok wang dlm permilihan Agong Umno.
  • Semasa menjadi pengerusi Felda, melakukan bnyk pembohongan & fitnah terhadap pengurusan Felda membawa kpd penyingkiran Dato Zul dan lain pengarah kanan dipoolkan.
  • Membelanjakan duit Felda dgn bnyk untuk pengaruh peneroka supaya setuju Felda diniaga di bursa saham KL.

23 April 2013

Melayu mesti tolak Umno/BN?

Terjemahan Artikel Global (TAG)
Dipetik daripada Harakah Online: Why Malays should no longer vote for UMNO/BN - Dr Rosli Khan, 18 April 2013.

PILIHAN RAYA UMUM yang akan menjelang, akan merupakan sesuatu yang sungguh penting dan menarik, untuk diri saya dan juga untuk Malaysia. Sepanjang hidup saya sudah terjadi 12 PRU dan saya masih ingat 11 PRU dengan baik, sedangkan pertama kali saya mengundi ialah pada 1982.

Banyak kejadian yang pernah saya saksikan sebagai pengalaman dan dengan itu saya ingin memberikan pendapat saya kepada para pengundi Malaysia terutama mereka yang akan mengundi untuk pertama kali

Dalam membincangkan pilihan raya umum Malaysia dan parti politik, adalah wajar kalau kita renung lembaran sejarah,, Sebagai contoh, pada 1955, Parti Perikatan (UMNO, MCA, dan MIC) telah menang 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Satu-satunya kemenangan parti pembangkang berlaku di Kuala Terengganu, dimenangi oleh Parti Negara yang ketika itu dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO, Onn Jaafar. Bermakna sejak 1955 lagi memang tidak ada salahnya untuk kita mengundi UMNO.

Pada 1959, Pilihan raya Umno pertama dilaksanakan selepas Malaya medapat kemerdekaan. Pakatan Perikatan telah menang 74 kerusi daripada 104 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Memang UMNO bermasaalah

Tindakan lebih 60 orang ahli Umno melawan calon mereka sendiri sebagai calon bebas dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini membuktikan kemelut dalaman parti itu dalam keadaan sangat kritikal.

Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin berkata, ini merupakan suasana paling teruk berlaku dalam sejarah pilihan raya Umno BN dan ianya menunjukkan Umno BN kini hanya 'retak menanti belah'. 

21 April 2013

Ahai! Anjing pun tak suka BN



Penyokong BN orthodok fahamkan betul2.

Kena baca kena faham...

Selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.

"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."

"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia." 

"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"

"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."

"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo..:P"

Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi. :)

Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..:P

19 April 2013

Sah UBN Lingkupkan Melayu lagi

AKHIRNYA segala kebimbangan dan usaha sebahagian besar rakyat Johor agar kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman mempertahankan pegangan dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak dipedulikan malah keluh kesah dan denyut nadi mereka yang mahu terus berbangga terhadap KFC sebagai harta mereka hanya tinggal kenangan semata-mata.

Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang dilantik sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 % dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP.

18 April 2013

Pakatan Retak Di Kedah?

PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi membuat pengumuman calon melibatkan 15 kerusi Parlimen dan 34 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tanpa kehadiran sekutu mereka, DAP.

Mereka hanya memperuntukkan dua kerusi iaitu DUN Derga dan Kota Darul Aman kepada DAP walaupun sebelum ini DAP mahu bertanding di dua kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN berbanding hanya satu kerusi DUN iaitu Kota Darul Aman pada PRU12.

17 April 2013

UMNO lalai, ahli PAS Calun BN

IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato’ Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.  

Koordinatornya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad Zainal Abidin, 38, telah menyertai PAS pada tahun 1997.

Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar daripada parti.

Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah menyertai parti lawan.

Apa nak jadi pun jadilah.

BN Pulau Pinang tidak akan menyemak semula senarai calon mereka walaupun dibantah pihak yang digugurkan atau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke13 pada 5 Mei ini.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata, senarai itu sudah dimuktamadkan kerana parti sudah membuat pendirian berhubung sabotaj dalaman.

Ditanya tentang tiga pemimpinnya yang mengisytiharkan perang kerana digugurkan, Teng (kiri) berkata: "Terpulang kepada mereka hendak bertanding sebagai bebas".

Ibrahim Ali mengamuk beb!

Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh untuk bertanding atas tiket BN bagi mempertahankan Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.


Justeru, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum pada 5 Mei ini, lapor Astro Awani. 



Ibrahim berkata, beliau kecewa kerana kerana tidak diberikan alasan sedangkan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN di Parlimen Shah Alam.


"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungkin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. 

Seorang lagi wanita bakal terkenal kerana Anwar Ibrahim

Mengapa aku berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Anwar Ibrahim..

Masih terimbau detik itu dlm akhir thn 1997 cerita mengenai beliau seorang kaki liwat tersebar luas.

Terkejut dan sangat keliru daya fikir aku waktu itu...

Jiwa aku cukup terkesan dan tersentap dengan pelbagai pertuduhan dan cercaan yang dilemparkan terhadap Anwar. Aku fikir ini tuduhan gila. Mana mungkin seorang bekas aktivis Islam mengamalkan homoseksual!

Menyorot beberapa artikel yg aku baca mengenai sosok diri seorang yg bernama Anwar Ibrahim...,,,akal yg waras pasti akan membuat penafian atas semua tuduhan salah laku dan moral beliau.

Sejak berada di bangku sekolah iaitu di MCKK..,,, Anwar bukanlah pelajar yg boleh di kategori popular kerana punya wajah tampan atau menjadi kegilaan remaja perempuan. Tetapi semua guru-guru sangat cenderung memilih dan melantik beliau sbg ketua pelajar.
Ini tidaklah menjadi kehairanan kerana peribadi beliau yg sgt pintar,berdisplin, bijak berhujah dan taat beragama.

16 April 2013

Ditelan pahit dibuang takut

Kesian pengundi di Jempol, ditelan pahit dibuang takut...


Nak undi BN pilihan PM ATAU nak undi calon baru PAS yg bersih dari rasuah.  

Isa Samad yg dah tua, tak puas2 nak jadi Ahli Parlimen, bagaimana mungkin dapat beri khidmat mengikut kehendak generasi baru dan yg terang2 ada kes rasuah dan bnyk kes2 yg meragukan diN9 semasa dia jadi MB N9 dulu. ???

Calon PAS Aishah yg mempunyai kelulusan luar negeri, banyak idea, blum ada kes rasuah... ???

Klu kita sayangkan PM sekalipun takan kita nak tutup mata dan undi Isa Samad yg dah bnyk perabis duit Felda dan bnyk musnahkan sistem di Felda, Fikir2kan lah wahai pengundi2 diJempol. ???




Wallahualam

Nak jadi calun mesti sabotaj parti

Jika mana-mana pemimpin Umno yang berminat untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, sabotajlah calon BN dalam pilihan raya ini.

Ini terbukti dengan apa yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan.

Dua individu yang pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Umno kerana mensabotaj parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, kini dipilih Datuk Seri Najib Razak menjadi calon untuk PRU13 kali ini.

Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail bersama bekas Bendahari, Ghazali Ismail.

Senarai penuh Calun BN Perak

GERIK DATO' HASBULLAH OSMAN

N.01 PENGKALAN HULU AZNIL IBRAHIM

N.02 TEMENGGOR SALBIAH MOHAMED

LENGGONG DATO' SHAMSUL ANUAR NASARAH

N.03 KENERING DATO MOHD TARMIZI HJ IDRIS

N.04 KOTA TAMPAN DATO' SAARANI MOHAMAD

Calun PKR Perak telah diumumkan Anwar

NONEPKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti.

Bagi kerusi Parlimen, hanya tiga daripada sembilan calon PKR yang diumumkan merupakan calon sama bertanding pada 2008, iaitu di Bagan Datoh (Madzi Hassan), Pasir Salak (Mustaffa Kamil Ayub) dan Gopeng (Lee Boon Chye).

Untuk kerusi DUN, juga tiga daripada 19 calon kekal bertanding di kawasan lama iaitu Kuala Kurau (Yunus Jamhari), Hutan Melintang (S Kesavan) dan Teja (Chang Lih Kang).

Pada pilihan raya umum ke-13 kali ini, PKR bertanding 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak.

Lihat, UMNO dipinggir rakyat

Sementara UMNO begitu galak menyerang Pas berkaitan isu video seks yang didakwa melibatkan Mustafa Ali, parti itu mendapat rahmat besar disebaliknya dengan penyertaan bekas MB Selangor, Muhammad Mohd Taib ke dalam Pas semalam. Beliau yang lebih dikenali dengan Mat Taib atau Mike Tyson dilaporkan sudah pun menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai Pas kepada Dr Haron Din dan suatu pengumuman rasmi dijangka akan dibuat dalam sehari dua ini. 


Mat Taib sudah mendiamkan diri sejak 2009 apabila digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Ketua Penerangan UMNO. Kemudiannya beliau juga melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya yang disandangnya dan menyerahkan kepada Yahya Bujang untuk memangku jawatan itu.

DS Najib mengaku BN kecewakan rakyat

Kepada pengundi-pengundi UMNO tegar dan pengundi atas pagar. Cuba fikir apa yang DS Najib katakan ini. Berapa lama lagi mahu ditipu oleh BN. Setelah lebih 50 tahun memerintah, adakah kerajaan UBN telah membawa rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu dipuncak kegemilangan.

Tidak kecewakah orang Melayu apabila banyak hak milik orang Melayu berpindah tangan atas nama pembangunan. Secara beransur-ansur, pemilikan orang Melayu semakin terhakis. 

15 April 2013

Seorang lagi tokoh Agama bersama PR

KANGAR -Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya sebentar tadi diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi parlimen Kangar dalam pilihanraya umum 5 Mei ini.Dr Juanda Jaya akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar atas tiket PKR.  


Pengerusi PKR, Mohd Faisol Abdul Rahman berkata, dengan pemilihan Juanda, partinya yakin akan menang di kubu kuat BN itu."Kami optimistik akan menang," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Aktivis ditahan dibalai polis Bidor

KUALA LUMPUR, 15 April – Adik kepada Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan dan tiga lagi aktivis telah ditahan dibalai polis Bidor, Perak selepas mengedarkan risalah menuntut perubahan kerajaan dan keadilan untuk pembantu ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) DAP Selangor yang mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) empat tahun lalu.  

Koordinator bagi badan bukan kerajaan (NGO) ‘Rakyat Malaysia untuk Beng Hock’, Ng Yap Hwa merupakan antara yang ditahan mengatakan kumpulan tersebut terserempak dengan sekumpulan polis yang tidak berpakaian seragam.

Sah Mantan MB sertai Pakatan Rakyat

Seorang bekas MB Umno sah mengisi borang kemasukannya ke dalam PAS, demikian menurut pemimpin tertinggi PAS. Menteri Besar berkenaan yang berkhidmat lebih 10 tahun itu akan mengistyharkan kemasukannya ke dalam PAS dua hari selepas hari penamaan calon.  


“Beliau tidak mahu mengistyharkan sekarang ini bimbang takut beliau dikatakan hendakkan apa-apa jawatan atau pun menjadi calon dalam pilihan raya,” demkikian beritatahu pemimpin berkenaan.

Sebenarnya desas desus MB seorang ini akan menyertai PAS sudah lama kedengaran tetapi ia tenggelam timbul. Barulah sekarang ini hasratnya itu sahih apabila beliau telah mengisi borang keahlian PAS di hadapan Timbalan Mursyudul Am PAS, Dr Haron Din.

Berpakatlah secara baik

PKR dan sekutu dekatnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan lambang dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti.


Kegagalan ini menyebabkan dua parti itu bakal bertembung tiga penjuru dengan BN di tiga kerusi – parlimen Sungai Siput, Perak dan DUN Kota Damansara dan Semenyih, Selangor.

Calon-calon PSM di kerusi tersebut bertemu tokoh PKR Anwar Ibrahim petang semalam selama sejam di Petaling Jaya tetapi kedua-dua pihak masih dengan pendirian masing-masing.  

Dalam rundingan itu, penyandang Sungai Siput Dr D Jeyakumar, setiausaha agung PSM S Arutchelvan (calon Semenyih) dan pengerusinya Mohd Nasir Hashim (penyandang Kota Damansara) bertegas mahu menggunakan logo genggaman tangan kiri parti itu.

14 April 2013

Pemimpin UMNO didakwa mengganas

Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang pemimpin kanan Umno yang didakwa menampar dan menyepak seorang lelaki minggu lepas.


Menurut laporan itu yang dilihat oleh Malaysiakini,kejadian itu berlaku di Putrajaya pada 5 April pada sekitar jam 11.30 pagi dan laporan itu dibuat pada jam 5.13 petang.  

Pengadu itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia pergi ke pejabat pemimpin Umno itu untuk meluahkan maalah yang dihadapinya.

"Sebaik saja saya masuk ke pejabat (pemimpin Umno itu) terus menampar muka saya sebanyak lebih kurang lima kali dan menyepak bahagian belakang badan saya.

"Saya tidak tahu mengapa beliau bertindak sedemikian terhadap saya. Saya telah mengalami kesakitan di bahagian muka dan belakang badan saya tetapi tiada sebarang kecederaan ataupun luka yang saya alami," laporan polis itu dipetik.

13 April 2013

Apabila Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan

Berikut langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pemimpin PR sejurus PR tubuh Kerajaan persekutuan pada PRU13 nanti… 


1 – Sediakan lorong khas TOL kepada penyokong UMNO yang mahu membayar TOL. Ini kerana mereka menolak untuk penghapusan TOL.

2 – Sediakan pinjaman PTPTN khas untuk Aspirasi-UMNO belajar. Ini kerana mereka menolak pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN (Hutang wajib bayar kata mereka).

3 – Sediakan pam khas untuk penyokong UMNO membeli petrol dengan harganya sama seperti dizaman BN. Ini kerana mereka tidak bersetuju harga bahan bakar itu diturunkan.

Baju Perang penyokong PAS

Akhbar pencacai kena lagi

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menang dalam samannya terhadap akhbar The New Straits Times, dalam satu keputusan yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sebentar tadi.


Hakim Datuk Su Geok Yiam membenarkan tuntutan Husam dengan mengarahkan pihak NST membayar gantirugi terhadap Husam yang ditohmah terbabit dalam penyelewengan dan salah guna kuasa di Kelantan.


Peguam yang mewakili Husam, Md Yunos Shariff berkata, pihak mahkamah menetapkan tarikh 17 Mei depan untuk membincangkan pengurusan kes dan segala aspek berkaitan gantirugi.


~Harakahdaily

---------------------------------------------------------------------------------------------
Kemenangan awal pilihanraya bagi Husam...

12 April 2013

Peneroka ditipu

JENGKA - Dua peneroka tanah rancangan ini kerugian puluhan ribu ringgit apabila ditipu seorang kontraktor pembinaan rumah yang melarikan wang tanpa menyiapkan kerja dijanjikan.
Peneroka, Abdul Rahman Mohd Desa, 64, tidak hanya kerugian RM34,000, malah terpaksa mengambil RM20,000 simpanan Tabung Haji miliknya dan isteri bagi menyambung kerja pembinaan yang ditinggalkan kontraktor terbabit.

Memang Haram Jadah

Dulu PAS nak buat negara Islam

BN kata tak sesuai kerana Malaysia rakyatnya majmuk
sekarang PAS guna pendekatan Negara Berkebajikan
BN kata PAS dah lupa Negara Islam.  

Dulu PAS tak buat pakatan dengan parti bukan Islam
BN kata PAS ekstrimis, anti sosial dan tak releven
sekarang PAS berkawan dengan DAP, PKR dan ada DHPP
BN kata Pas dah berubah demi kuasa dan dah sesat.

Dulu pas hanya didokong oleh tok guru, ulama dan orang kampung
BN kata PAS tak moden, fundamentalis dan parti orang kampung.
Sekarang PAS didokong oleh Ulama, profesional dan teknokrat Islamis
BN kata PAS dah tinggalkan kempimpinan Ulama..

11 April 2013

Kah kah kah .. Pengecut rupanya

TheMalaysianInsider pada Selasa melaporkan: 


KUALA LUMPUR, 9 April — Pakatan Rakyat (PR) mula menggerakkan jentera mereka untuk merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila PAS hari ini mengesahkan Datuk Husam Musa akan bertanding menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di kerusi Parlimen Putrajaya. 

Pengumuman yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi menyaksikan keyakinan PR semakin menebal untuk menawan kubu BN apabila meletakkan naib presiden mereka di bandar kerajaan itu.

"Saya mengumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan bertanding di Putrajaya," kata Abdul Hadi pada sidang media hari ini. - TMI.

Tewaskan 3 gergasi Pakatan Rakyat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau mendapat maklumat yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya tiga calon muda Pakatan di Lembah Klang dikalahkan dalam pilihan raya umum ke-13.


"Mereka adalah Nurul Izzah di Lembah Pantai, Rafizi Ramli di Pandan dan Tony Pua di Petaling Jaya (Utara). 

"Tapi saya rasa, Tony Pua susah dikalahkan kerana 90 peratus (di situ) adalah kaum Cina," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dan penyokong memberi tumpuan untuk memenangkan Nurul Izzah dan Rafizi di kawasan mereka masing-masing.

10 April 2013

Ulama' ini bebas melanggar undang-undang?

Notis pertama pembinaan tanpa kebenaran dihantar pada 7 Febuari 2013, namun pemilik pondok Kampung Tebing, Pengkalan Kubur, Abdullah Sa’amah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan. 


Kemudian notis kedua dihantar sekali lagi Majlis Daerah Tumpat (MDT) pada 17 Febuari lalu kerana pemiliknya terus berdegil. Kesemua notis berkenaan di bawah Seksyen 70 (1) Akta 173 Jalan, Parit dan Bangunan 1974.


Jurucakap MDT berkata, ekoran Abdullah masih meneruskan kerja-kerja pembinaan menyebabkan notis ketiga dan tindakan sita dimbil terhadap pemilik bangunan berkenaan pada 17 Mac lalu.

Sentuhan Kecundang TS Isa Samad

Sentuhan Kecundang


Setelah 2 tahun lebih Isa Samad memerintah Felda, maka dia telah menunaikan janji dan amanahnya kepada kroninya, orang2 kuatnya, pengikutnya, suku sakatnya dan barisan penyokongnya. Anak buahnya dari seorang eksekutif yang hampir disingkir kerana kes, dilantik terus menjawat CEO Yayasan Felda bergaji rm36 ribu. ???  

Anak Isa turut mendapat habuan komisen ratusan ribu dari projek bekalan vitamin 3 tahun berturut2 dan kes siasatan SPRM akan jadi lipatan sejarah. Pegawai khas Isa yang mendapat komisen bekalan uniform jugak disiasat tetapi terlepas siasatan kerana kekebalan. Nama Isa sentiasa di bibir dan disanjung kerana sikap dermawan memberi sumbangan gunakan dana felda. ???

Menyumbanglah untuk jihad

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyeru seluruh rakyat agar menyokong kempen Dana Penerbitan PRU13 anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) dan ia tergolong sebagai satu usaha jihad. 

Katanya, arahan berjihad terlalu banyak dalam al-Quran dan umat Islam digesa mengorbankan sedikit harta bagi tujuan membantu memenangkan Islam, termasuk melalui pilihan raya.

Dr Haron berkata demikian selepas melancarkan kempen di kediamannya, dekat sini, kelmarin. Turut sama Pengerusi KAMI, Ahmad Lutfi Othman.

9 April 2013

Jangan tunggu lagi. Ini kalilah!

YANG ditunggu dah tiba setelah sekian lama. Sekitar jam 11.30 pagi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden United Malays National Organisation mengumumkan bahawa Parlimen yang diwarisinya daripada kepimpinan Abdullah Badawi empat tahun lalu, bubar serta merta hari ini.

Seolah ada letupan, petugas bilik berita DAP bersorak gembira mengalu-alukan pengumuman suami kepada Rosmah Mansor itu; yang dirasakan sudah terlalu melampaui tarikh sepatutnya. Ibarat menanti buah belum tentu gugur.

Jom Santai bersama Zulkifli Nordin

Jangan tension tension gang. Parlimen dah bubar. Tunggu Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Namun bukan semudah itu. Kerja keras perlu dilakukan oleh semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya hasrat dan cita-cita menjadi kenyataan.

Petugas-petugas pilihanraya, yang belum tidur tu, mari layan lagu ini sambil buat kerja.
Layannnnnn!!!



8 April 2013

Barisan Nasional.disembelih


Pilihanraya semakin hampir. Nampaknya banyak billboard Barisan Nasional tumbang di sana sini. Ada yang kata itu tandanya Barisan Nasional akan kecundang dalam pilihanraya kali ini. Benar atau tidak, pengundi yang akan menentukannya.

Tapi khabar yang diterima dari kontraktor yang buat kerja, mereka sengaja pacak tiang billboard tu cetek biar senang tumbang. Bila tumbang mereka akan dapat kerja dan masyuk lagi. Lagi pun kata kontraktor tu, UBN pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Inilah masa untuk sembelih mereka.

Alahai!


Calun Pilihanraya diculik?

Oleh : MUTALIB M.D


PRESIDEN Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha sebentar tadi mengesahkan bakal Calon USNO di Parlimen Semporna, Salleh Haji Abdul Salleh dikhuatiri diculik kerana tidak dapat dikesan sejak 14 Mac lalu.


Menurut Badaruddin, pihaknya mengalami jalan buntu setelah Salleh tidak dapat dihubungi selepas mereka berjumpa kali terakhir pada 13 Mac lalu dan keluarganya telah membuat laporan polis berhuung kehilangan Salleh.


"Beliau (Salleh) telah bersetuju untuk mewakili USNO menentang Calon UMNO di Semporna pada PRU-13. Tetapi apabila kami cuba menghubungi beliau untuk menandatangani borang pencalonan, Salleh tidak dapat dikesan. Malah keluarganya juga sedang berusaha mencari beliau. Kita tidak menolak kemungkinan beliau diculik kerana insiden penculikan dua pekerja di tempat Salleh bekerja tahun lalu masih menghantui kita selama ini," ujar Badaruddin yang mengesahkan setakat ini USNO akan meletakkan calon di lima kawasan termasuk Semporna.

BN Bankrap Pemikir, Ciplak Idea



.


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa BN menciplak kandungan manifesto Pakatan Rakyat untuk dimasukkan dalam manifesto yang dibentang oleh perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam tadi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Mustafa mendedahkan sekurang-kurangnya sembilan perkara yang didakwa dicedok daripada manifesto Pakatan.

Antara perkara yang dicedok daripada manifesto Pakatan itu, dakwa Mustafa, adalah janji untuk mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

6 April 2013

Melayu perlukan Pakatan Rakyat

Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.  

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

UMNO alat pemimpin

UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.

5 April 2013

Sistem mengarut bebankan guru

Oleh: Mental Terbeban


Sebelum ini kerajaan telah menguar-uarkan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji bebanan tugas guru. Sejak tahun 2010 sehingga 2013, jawatankuasa ini masih belum mengemukakan apa-apa penyelesaian bagi isu ini. Belum pun kerajaan mencari jalan penyelesaian untuk bebanan yang disebutkan sebelum ini, timbul pula bebanan-bebanan baru.  


Akhir-akhir ini, guru-guru dibebani dengan pelbagai lagi kerja perkeranian secara online dan bukan online. Jika dulu guru hanya perlu mencatat markah pelajar dalam buku rekod, kini terpaksa menghadap komputer berjam lamanya untuk memasukkan pelbagai jenis data dalam pelbagai jenis perisian komputer seperti SAPS, SMM, APDM, SSDM, SSDM-A, SPPPBS, NILAM, dan dan lain-lain lagi. Bayangkan bukan sahaja segala maklumat pelajar di bawah tanggungjawab kami untuk kami isi, malahan guru-guru juga telah menjadi pegawai kesihatan di sekolah. Kami jugalah yang menimbang berat pelajar dan mengira BMI untuk setiap pelajar, menganalisis dan merekodkannya pada setiap bulan.

3 April 2013

DS Najib berbohong?

Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syariat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana: 

1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? :

a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana?

Orang Kuantan bermasaalah mandi 'wajib'

Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini. 

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan. 

2 April 2013

Ayahanda Al Ehsan akan dibebaskan?

Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman

Ayahanda Dato Seri ada Doktor

Hebat ayahanda ni. Selain dari Title Dato Seri, beliau juga ada title Doktor dari Akademi Doktor Malaysia. Betul atau tidak sijil ni gua tak tau. Korang tengokler dan nilaikan sendiri.