Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman |
Media sosial pula hari ini menyiarkan hubungan 'Datuk Seri' ini dengan para pemimpin Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Ridwan hari ini mengaku memberikan bantuan kewangan kepada Sultan Sulu.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
~Harakahdaily
satu gerombolan dengan parti pandi kutty sekutu apco tarak masalah daa ! boleh koetim kot? ABU jangan lupa !
ReplyDelete