Beberapa penemuan menunjukkan ada usaha oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SP)R) memanipulasikan daftar pemilih untuk memastikan
kemenangan UBN di dalam pilihan raya akan datang. Perkara ini didedahkan
oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim ( gambar ) seperti mana yang ditemui di dalam
laporan Odit Persempadanan dan Pemetaan Daftar Pemilih yang mereka
perolehi.
Sekurang-kurang ada lima bentuk penipuan yang sedang berlaku sekarang
atau sengaja dilakukan walaupun kesalahana dan kecatatan itu boleh
diperbetulkan. Beliau mendedah perkara ini semasa berucap di majlis
makan malam Pakatan Rakyat di Shah Alam malam tadi.