Mohon klik iklan 1X yer

23 September 2012

Perlawanan Rahsia

PERLAWANAN ‘rahsia’ membabitkan skuad kebangsaan menentang Kemboja, malam kelmarin, menimbulkan tanda tanya banyak pihak.

Tindakan ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal itu jelas mengelirukan peminat yang kini dahagakan aksi skuad negara selepas kecundang 0-2 kepada Vietnam, baru-baru ini.
Namun Rajagobal mempunyai alasan tersendiri untuk mengadakan perlawanan terbabit di padang Wisma FAM itu.
Malah perlawanan itu lebih terarah kepada ‘sparring’ (rakan latihan) selepas beberapa hari menjalani latihan.

“Kedua-dua pasukan mahu turun menjalani latihan (petang tadi) namun hujan. Lalu jurulatih Kemboja mempelawa untuk mengadakan perlawanan,” katanya.

Perlawanan itu menyaksikan skuad negara menang 3-0 hasil jaringan Mohd Safee Sali dan dua gol Mohd Zaquan Adha Abdul Razak.

“Perlawanan ini turut memberi peluang kepada saya melihat beberapa pemain yang mengalami kecederaan sebelum ini selain pemain Harimau Muda A seperti Irfan Fazail.” Skuad negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan bulan depan sebagai persiapan mempertahankan Piala AFF pada November.

- Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.