NONEPerhimpunan BERSIH 3.0 tidak dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Sabtu lalu kerana dikhuatiri pihak yang tidak bertanggungjawab akan menguasai tempat tersebut secara berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penolakan permohonan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menggunakan Dataran Merdeka juga adalah disebabkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.