Mohon klik iklan 1X yer

25 April 2012

Penyenaraian FGVH Tidak Akan Melibatkan KPF ?

http://gayapeneroka.blogspot.com
 
Di dalam kenyataan akhbar pada besok hari, Tan Sri Isa Samad akan memberikan kenyataan akhbar yang membuatkan kesemua perwakilan KPF yang menyokong penyenaraian pada EGM baru-baru ini terduduk dan rebah tanpa berkata apa-apa iaitu penyenaraian FGVH tidak akan melibatkan KPF!!
Alasan diberikan adalah dua iaitu:
1) Halangan dan injuksi diberikan sebelum ini mengganggu perancangan penyenaraian pada bulan Mac/April telah menyebabkan alternatif lain diambil iaitu mewujudkan sebuah SPV bagi menjaga kepentingan peneroka.
2) Pelaburan KPF di dalam Silver Bird dan penyiasatan SPRM terhadap tatacara pelaburan di dalam Silver Bird dan usahasama KPF dan Silverbird dalam kilang susu melalui syarikat KPFQ

Sidang akhbar pada besok hari/lusa dijangka disertai oleh JKPP yang tidak tahu apa-apa dan yang tidak mahu berkata apa-apa bagi menguatkan posisi Pengerusi Felda untuk mewajarkan tindakan mengecualikan KPF daripada menyertai penyenaraian. Ketua Peneroka Kebangsaan, Pak Sam dan beberapa JKPP lain dijangka akan menolak usaha ini dan tidak akan menyertai sidang akhbar Tan Sri Isa Samad.


Jawapan yang boleh diberikan bagi membalas tuduhan tidak berasas itu adalah:


1) Ringkasan Pembentangan Perdana Menteri semasa sesi pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 menyatakan: “Kerajaan bercadang untuk menyenaraikan FGVH sebelum pertengahan tahun 2012” serta “Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majority saham oleh Koperasi Permodalan Felda Berhad”. Oleh kerana EGM berjaya dilaksanakan pada bulan April 2011 dan lain-lain proses telah diselesaikan jauh lebih awal seperti proses due diligence dan pemilihan bank berkaitan, apa rasional meminggirkan KPF dan menubuhkan SPV yang bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri?


2) Pelaburan KPF di dalam Silver Bird walaupun rugi tetapi ianya disebabkan oleh penipuan licik Group Managing Director sendiri (Jawatan seperti Dato Sabri dalam FGVH) atau kata lain pengurusan berpakat dengan auditor sebelum ini untuk menipu pemegang saham dan Bursa Saham. Ianya kukuh disebabkan pelaburan besar oleh Berjaya Group dan Lembaga Tabung Haji di dalam Silver Bird ini. KPF menduduki senarai ke - 8 pemegang saham terbesar dengan jumlah 13.38%. Sewajarnya, kerugian dalam Silver Bird menjadi pembuka mata kepada warga Felda bahawa semuanya tidak semestinya baik (all is not well) dalam menyenaraikan FGVH di dalam BSKL jika integriti dan profesionalisme yang dicanangkan. Ini kerana dalam Silver Bird, sebut apa sahaja Jawatankuasa seperti Integrity Framework, Internal Auditor, Syariah Panel dan bermacam terma lagi juga gagal mengesan penipuan dijalankan oleh pengurusan tertinggi Silver Bird. Malah dalam Golden Hope Plantation Berhad yang ditadbir oleh Dato Sabri Ahmad sendiri sebelum ini telah membuang Dato Sabri Ahmad kerana didapati terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Jomalina, anak syarikat Golden Hope.


~SUMBER 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.