Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label perjuangan. Show all posts
Showing posts with label perjuangan. Show all posts

31 August 2014

Krisis Peribadi Anwar

Bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Noor mendakwa, ketua pembangkang itu terpaksa melaksanakan Langkah Kajang untuk menukar menteri besar Selangor bagi menyelesaikan krisis peribadinya. 



Dalam temubual bersama Mingguan Malaysia, Ezam berkata, kemelut Selangor bukan berpunca daripada krisis pentadbiran negeri itu semata-mata.

"Anwar mahu trofi (jawatan menteri besar) itu bukan kerana rakyat, bukan kerana Abdul Khalid buat sesuatu yang merugikan rakyat atau Anwar mahu buat sesuatu yang menguntungkan rakyat.

"Anwar terpaksa melakukan 'Langkah Kajang' serta macam-macam langkah untuk menukar menteri besar hanya untuk menyelesaikan krisis peribadi beliau.

“Sebab itu saya nak ingatkan rakyat Selangor dan penganalisis politik, ini bukan krisis Selangor tetapi krisis peribadi Anwar.

9 August 2014

Memahami Wala'

MEMAHAMI WALA’ (KESETIAAN) KEPADA JAMAAH ISLAM
MENERUSI AYAT 55-56 SURAH AL-MAIDAH :
APLIKASI RINGKAS DALAM ERA TAHALUF SIASI


إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ (٥٥) وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦)
Maksudnya: Sesungguhnya pelindung kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka ruku’ (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu pelindungnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah 5:55-56)


PENJELASAN AYAT

Perkataan wala’ diambil daripada perkataan kedua dalam ayat di atas iaitu wali yang bererti pelindung, tempat bersetia, memberikan ketaatan dan meletakkan kepatuhan dan kasih sayang. Semua pengertian ini difahami melalui rujukan akar bahasa dan nas-nas al-Quran dan hadis.

22 April 2012

Penjelasan sebenar apa itu pendidikan percuma dan mahsuhkan hutang PTPTN

Mana satu yang betul?

Cuba cakap biar jelas dan terang. Samada mahsuhkan hutang ptptpn ataupun perjuangan untuk mendapatkan pendidikan percuma?

Apa itu mahsuhkan hutang ptptn?

Hutang2 pelajar untuk pembiayaian pendidikan sebanyak rm28billion dihapuskan terus.