Pelajar UPSI maut terjun bangunan
lima tingkat E-Learning Kampus Universiti!! Seorang pelajar UPSI tahun 3
yang menuntut di Fakulti Pendidikan Awal Kanak-kanak meninggal dunia
akibat kecederaan parah yang dialami di kepala dan kaki selepas terjun
dari tingkat 4 bangunan E-Learning Kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kejadian yang berlaku pada pukul 5.30
petang itu dipercayai disebabkan oleh tekanan perasaan yang dialami oleh
pelajar tersebut. Pelajar yang berumur 23 tahun itu dipercayai
mencederakan diri sebelum nekad untuk terjun bangunan kerana terdapat
kesan darah di dinding koridor tingkat empat bangunan tersebut. Menurut
rakan-rakannya, sebelum ini pelajar yang berasal dari Johor Bharu itu
dilihat murung dan sering bercakap seorang diri dan berkemungkinan
menghadapi tekanan.
Kes pelajar UPSI
maut terjun bangunan ini bukanlah kes pertama yang direkodkan, sebelum
ini telah banyak kes seumpama ini telah berlaku melibatkan pelajar
khususnya pelajar universiti.
kenapa la budak pandai ada yang mcm ni?kesian sungguh.
ReplyDelete