Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa merampas dua kotak derma
yang berisi kira-kira RM200 dalam satu lagi serbuan ke atas perkhemahan
peserta protes di Dataran Merdeka selepas tengah malam tadi.
Menurut peguam Fadiah Nadwa Fikri, DBKL juga merampas bekalan makanan mereka dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 malam tadi.
Ia adalah serbuan ketiga DBKL ke atas perkhemahan tersebut dalam tempoh kurang 24 jam. Aktivis yang berkumpul di situ enggan berganjak walaupun ada usaha mengusir mereka dan khemah serta bekalan mereka dirampas.

"Kami tiba selepas mendapatkan pembebasan empat pelajar (yang ditahan
dalam serbuan sebelumnya) dari balai polis Dang Wangi dan mendapati
berlaku kekecohan.
"Peserta protes itu kecewa kerana wang tersebut baru dikumpulkan hari
ini. Mereka menganggarkan jumlahnya RM200 hingga RM300," katanya.
Fadiah berkata pegawai DBKL yang dikenali sebagai Fuat, yang berada di
situ bersama 10 trak DBKL, memberitahu peserta protes tersebut bahawa
mereka boleh mendapatkan barang-barang mereka semula esok di pejabat
DBKL.
"Katanya, mereka tidak dapat memulangkannya sekarang kerana perlu
disimpan di setor terlebih dahulu," kata Fadiah sambil menambah Fuat
tidak menjelaskan mengapa kotak derma tersebut dirampas.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia, Haziq
Abdul Aziz berkata Fuat memberitahu mereka yang dia akan "cuba"
mengenal pasti pegawai yang mengambil kotak derma tersebut.
Haziq menambah DBKL turut merampas beberapa khemah dan bendera, tetapi
para pelajar berhasrat untuk terus berkhemah di situ malam ini.
"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan berbuat apa-apa dengan
begitu ramai kami di sini tetapi kita akan lihat apa yang berlaku pada
waktu pagi," katanya.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.