Terkilan dengan
keputusan EGM KPF dan menteliti org org melayu terutama peneroka dan
Pemimpin Pakatan rakyat Terutama PAS Khususnya. semalam, maka berlakulah
EGM KPF yang telah 2 kali cuba dihalang dan digagalkan oleh Mazlan
Aliman, Peneroka dan anak anak peneroka yang sedar dan faham akan bahaya
serta berisikonya Penyenaraian Felda Globa Venture Holding ke Bursa
Malaysia.
Penyenaraian ini melibatkan Tanah tanah yang diusahakan oleh Felda Plantation yang berkeluasan hampir 1 juta ekar, Merupakan satu peleburan yang melibatkan keluasan tanah terbesar dalam dunia. antara saki baki tanah milik penuh bumi putera yang bakal tergadai dengan penyenaraian ini. Pelbagai usaha daripada sesi penerangan sehingga dibawa kesuhakam, SPRM dan mahkamah untuk menghalangnya, namun ... Akhirnya , kerana ketamakan, kebodohan, kecuaian, para pemimpin PR dan Peneroka serta org melayu itu sendiri, menyebabkan Penyenaraian ini hampir terlaksana.
90%,
perwakilan lebih dari 1000 org dalam EGM Semalam menyokong
penyenaraiaan ini tampa memikirkan impak dan kesan jangka panjang ,
bukan sahaja terhadap peneroka, malahan org melayu dan negara ini
sendiri. Usaha usaha mazlan aliman yang bergerak hampir seorang diri
keseluruh negara ke pelosok ceruk Felda untuk menyedarkan peneroka
menemui kegagalan yang amat mendukacitakan.
Pemimpin
pemimpin PR yang ada hanya sekadar memberi sokongan dari belakang tampa
turut serta memberi penerangan dan kerjasama untuk menyelamatkan
ratusan ribu ekar tanah tanah yang bakal tergadai, dan wang berbillion
ringgit milik KPF yang bakal dijadikan umpan untuk PRU 13 ini. Sedangkan
ramai daripada pemimpin pemimpin PR ini bakal bertanding di kawasan
kawasan yang mengandungi Felda didalamnya. kesilapan besar ini amat
memalukan dan mengecewakan ramai org org melayu dan peneroka yang masih
sedar akan nasib malang yang bakal menimpa mereka.
Kebangsatan,
sebahagian besar org melayu yang meminggirkan isu ini hanya kerana
mereka bukanlah warga felda, dan menghukum peneroka sebagai golongan
yang bodoh dan tidak perlu dibantu menyebabkan Peneroka yang sememangnya
benar bodoh ini terus terpinggir dari mengetahui hakikat sebanar akan
risiko yang bakal mereka tangung.
Ketamakan dan
kebodohan peneroka itu sendiri yang hanya memikirkan janji binatang PM
soal durian runtuk membutakan mata hati mereka terhadap kebenaran dan
bahaya yang bakal mereka tanggung.
bakal
berulang cerita pak kaduk yang terliur akan ayam raja yang bakal
menggadaikan kampung halaman mereka sendiri, dan membuang melayu terus
terpelosok dalam jurang kesempitan hidup.....
Para
agamawan yang terkeliru tidak pernah sedar antara masalah yang
menjauhkan masyarakat dari agama adalah kerana kemiskinan dan kesempitan
hidup hanya memandang sepi terhadap permasalahan ekonomi masyarakat dan
hanya mengharapkan masyarakat itu datang menjengah masjid dan surau
surau tempat mereka berdakwah.
tinggallah bodoh dan malang melayu itu bertimpa-timpa untuk sekian kalinya ... tahniah atas tidakan anda semua,
Biarkan
Mazlan Aliman bersendirian bermimpi untuk melihat org melayu dan
Peneroka khususnya sedar dari mimpi bodoh yang panjang ini ...
Oleh PenyemakBumi
Oleh PenyemakBumi
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.