Peneroka Felda berhadapan risiko besar sekiranya menandatangani
Borang Pentadbir Tanah, yang kini telah diserahkan kepada penama sebelum
tindakan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) dilakukan
kerajaan.
Risiko tersebut membabitkan segala kemungkinan yang timbul ekoran penyenaraian FGVH ke Bursa Kuala Lumpur.
Perkara tersebut didedahkan Presiden Anak, Mazlan Aliman (gambar), ketika sidang media, di Konvensyen Halatuju Felda, di Dewan Unisel, di sini, hari ini.
Mazlan menjelaskan, borang yang ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah itu terdapat terma-terma yang mengundang risiko amat besar terhadap para peneroka kerana mereka tidak boleh menuntut atau mengambil apa-apa tindakan sekiranya berlaku apa-apa perkara berbangkit selepas penyenaraian dilakukan.

"Saya bacakan di sini, tertera kenyataan
di dalam borang tersebut 'bahawa saya membuat surat akuan ini secara
suci hati, dengan kehendak dan kerelaan saya sendiri tanpa paksaan dan
ugutan daripada mana-mana pihak', juga terma 'saya tidak akan mengambil
sebarang tindakan undang-undang yang boleh menjejaskan nama baik Felda
pada masa akan datang atau menyebabkan sebarang tindakan diambil
terhadap pihak Felda berhubung dengan 'Blue Form' tersebut.
"Ini menjelaskan setiap pentadbir yang menandatangani surat tersebut tidak boleh menuntut apa-apa sekiranya berlaku selepas penyenaraian tersebut. Saya dimaklumkan, ada yang menandatangani surat tersebut tidak memahaminya sebelum menandatanganinya. Jadi saya minta mereka berjumpa kembali pesuruhjaya sumpah itu untuk menarik balik (surat perjanjian)," jelas beliau.
Sementara itu, bekas Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, berkata penyenaraian sesebuah syarikat kebiasaannya dilakukan bagi mendapatkan dana, sedangkan FGVH tidak memerlukannya.

(Gambar: Antara peserta yang hadir ke Konvensyen Halatuju Felda)
"Saya pelik kerana sepatutnya penyenaraian untuk syarikat untuk
mendapatkan wang, sedangkan Felda tiada masalah untuk itu. Felda setiap
tahun mencatat untung dari syarikat-syarikat tidak kurang RM2.4 bilion
dengan membelanjakan hanya RM1.9 bilion. Saya fikir ia (penyenaraian)
tidak perlu untuk Felda," kata beliau pada sidang media yang sama.
Konvensyen anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) ini dihadiri kira-kira 1000 peserta dari seluruh pelusuk negara, termasuk dari Sabah, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, sama ada peneroka asal, anak peneroka dan individu yang prihatin dengan perjuangan Felda.
Program, Nasaie Ismail, program ini memberi ruang kepada peserta, khususnya peneroka untuk mengetahui agenda pihak-pihak tertentu berkaitan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Kuala Lumpur.

~Harakah daily
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.