Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) menuntut Kerajaan Negeri
Johor menghentikan pengurniaan tanah kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor
(KPRJ).
Menurut setiausaha Tanah Suhaizan Kaiat, ia kerana GLC itu
didakwa telah gagal mengurus jual beli tanah sehingga kerugian mencecah RM50
juta.
KPRJ telah menjual dua lot tanah dengan pada harga
jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kelemahan ini telah menyebabkan KPRJ
kerugian RM49.79 juta.

