Atas persetujuan blogger UMNO Sekupang Dua, yang mempunyai
nama sebenar Ahmad Suffian Yahya, menarik balik segala kenyataan fitnah
dan tohmahan terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming, Mahkamah
Tinggi Ipoh hari ini mengeluarkan perintah bahawa kes fitnah tersebut
telah diselesaikan.
Peguamcara Ahli Parlimen Taiping, Leong Cheok Keng dalam satu
kenyataan media hari ini menyatakan, selain dari menarik balik segala
kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga, blogger UMNO tersebut, Ahmad
Suffian Yahya juga memberi aku janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya
tidak akan mengeluarkan apa-apa tohmahan atau fitnah terhadap Nga Kor
Ming lagi pada bila-bila masa yang akan datang.
Leong berkata, dalam mesyuarat pengurusan kes yang dijalankan dalam
Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim YA Habinder Singh telah
memerintahkan supaya kedua-dua pihak mencapai penyelesaian. Oleh kerana
Defendan, iaitu Ahmad Suffian Yahya telah bersetuju menarik balik segala
kenyataan fitnah dan tohmahan terhadap Nga dan beliau juga memberi aku
janji kepada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya tidak akan mengulangi atau
mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah terhadap Nga Kor Ming lagi
pada bila-bila masa, satu perintah persetujuan telah dikeluarkan oleh
Hakim. Ini bermaksud Defendan boleh didakwa menghina Mahkamah jika
beliau mengulangi atau mengeluarkan apa-apa tohmahan serta fitnah
terhadap Nga Kor Ming pada masa depan.
Leong berkata, dalam blog SekupangDua yang bertarikh
16-12-11, Ahmad Suffian Yahya pernah mendakwa Nga Kor Ming adalah “
penyamun besar” Negeri Perak dan menyalahguna kuasa mengarahkan Majlis
Bandaraya Ipoh memberi kontrak jahit baju Ahli Majlis MBI bernilai RM600
kepada syarikat kepunyaan isteri beliau. Oleh kerana mendapati
kenyataan blog itu adalah fitnah, tidak berasas, berniat jahat dan
bertujuan menjatuhkan imej beliau sebagai wakil rakyat dan peguambela
Mahkamah Tinggi Malaya, Nga telah membawa tuntutan RM10 juta serta
perintah injunksi terhadap Ahmad Suffian Yahya pada 3hb Januari tahun
ini.
Memandangkan kini akujanji yang diberi oleh Defendan dan tindakannya
menarikbalik segala dakwaan terhadap Nga, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh YA
Habinder Singh hari ini mengeluarkan perintah kes tuntutan fitnah ini
Berjaya diselesaikan.
Dalam kes ini, Plaintiff diwakili oleh Leong Cheok Keng, Dato Ngeh
Koo Ham dan Nga Hock Cheh, manakan Defendan pula diwakili oleh Mogd
Hasnal dan Nurul Nadia.
- http://www.ngakorming.com
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.