Mohon klik iklan 1X yer

9 September 2012

Polis penakut??

Setiausaha agung NGO PERKASA Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan polis yang dilihatnya "takut" bertindak serta merta ke atas individu yang didakwa melakukan perbuatan menghina gambar perdana menteri dan bendera Malaysia ketika kejadian 30 Ogos lalu. 

Katanya NGO pro-Melayu itu tidak dapat menerima alasan polis bahawa individu berkenaan tidak terus ditahan kerana mahu mengelak berlaku ketegangan ketika perhimpunan Janji Demokrasi itu berlangsung.

"Bukankah dulu walaupun ribuan berkumpul di rumah (bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, pihak keselamatan boleh menahannya di rumah dan dibawa ke Bukit Aman.

"Tidak pun berlaku huru-haru di rumahnya itu ketika itu. Dulu berani tetapi sekarang mengapa takut untuk bertindak?," soalnya.
 
Katanya, penjelasan polis itu juga "melucukan" kerana pasukan itu terpaksa memburu baki individu yang didakwa terlibat pada malam tersebut.
 
"Satu kerja pula nak memburu mereka padahal boleh tahan mereka pada malam kejadian... Jika kes itu membabitkan warga asing, mereka sudah keluar lari balik ke negara asal mereka," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, ACP Ramli Mohamed Yoosuf yang dilaporkan berkata, polis tidak bertindak agresif pada malam itu bagi membolehkan sambutan ambang kemerdekaan berjalan lancar.

Polis mengenal pasti individu terlibat namun "mempunyai sebab untuk tidak menahan mereka pada malam itu", katanya.

"Mereka yang terlibat dalam insiden itu dikenal pasti, namun PDRM tidak melakukan penahanan serta-merta bagi mengelakkan sebarang ketegangan," katanya seperti dipetik.
Kenyataannya itu timbul ekoran kenyataan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mendakwa polis gagal bertindak serta merta ke atas individu yang terlibat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.