Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir
Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk
mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa.
“Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri
tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah
ketika persempadanan semula 2004.
“Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?” tanya beliau lagi.
Katanya, Umno telah terbukti merosakkan Melayu setelah berkuasa selama 55 tahun.
Jelasnya, PAS mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara
tangan Umno yang mana tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957)
hilang seluas 1.3 juta (1995) hektar.
“Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat.
“Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno
bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU14,” katanya.
Beliau juga bertanya kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan.
“Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah,” kata Idris.
Tambahnya lagi, jika Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok, ia angkara siapa.
“Umnolah bapa perpecahan buktinya kelahiran Parti Negara, Parti
Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah,”
katanya lagi.
Katanya lagi, jangan menganggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan
sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin
al-Helmi dan Ahmad Boestamam.
Justeru, ujarnya kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya.
Idris menambah, Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan
sejarah kononnya PAS ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati
dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi PAS bertanding 10 kerusi di
dalam pilihanraya 1955.
“Sedangkan PAS ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak
puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama
terutama di dalam isu judi,” katanya.
Katanya, pembohongan Tun bukan perkara luar biasa kerana sewaktu
beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh PASditubuhkan oleh penjajah.
“Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua
parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno
sahaja yang dibenarkan hidup,” katanya lagi.
- Harakahdaily
MAMAK PENGKHIANAT NEGARA SEKUTU MENDALAIR & SIKITUL ! TAPI MASIH BANYAK LEMBU & TENUK MENYANJUNG SITUA MUDAH LUPA INI ! MELAYU INGAT SELAMANYA ,ABU !
ReplyDelete