Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yongyuth Wichaiditm hari ini
mengumumkan peletakan jawatannya dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri
berkuatkuasa Isnin ini.
"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak masalah undang-undang," katanya.
Kelayakan Yongyuth untuk berkhidmat dalam Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam baru-baru ini.

Beliau
didapati menyalahi undang-undang dengan meluluskan penjualan tanah
biara yang dimiliki oleh Wat Thammikaram kepada Alpine Real Estate Co.,
dan Alpine Golf and Sports Club Co., semasa berkhidmat sebagai timbalan
setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2002.
Di bawah undang-undang Thailand, tanah biara tidak boleh dijual atau dipindah hak milik.
Yongyuth bagaimanapun, berkata beliau akan mengekalkan jawatan sebagai pemimpin Parti Phue Thai dan Ahli Parlimen.
Sejak kebelakangan ini, beliau telah menghadapi tekanan berterusan dari luar dan dalam partinya untuk meletakkan jawatannya.
Beberapa pemimpin parti khuatir bahawa Pheu Thai, yang menjadi parti gabungan utama dalam pemerintahan kerajaan sekarang, mungkin menghadapi pembubaran sekiranya Yongyuth, sebagai pemimpin parti itu, akhirnya didapati bersalah dan dipaksa berundur.
Yongyuth merupakan antara lima timbalan perdana menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
- Bernama

salam,
ReplyDeletehuh suspen huhu ^^
KLIK lagi mahasiswa tak dapat kerja