Dakwaan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud minggu lalu
bahawa pendapatan modal rakyat negeri itu meningkat 50 kali ganda dalam
tempoh 50 tahun disifatkan pemimpin DAP sebagai sangat "tidak masuk
akal".
"Saya cabar Taib kemukakan fakta bagi menyokong dakwaannya," kata Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen (kanan).
Taib yang juga anggota parlimen Bandar Kuching sebaliknya berkata, pendapatan rakyat Sarawak hanya meningkat empat atau lima kali.
"Graduan baru kejuruteraan dengan JKR pada 1963 mendapat RM400 sebulan berbanding jurutera dengan JKR hari ini dibayar RM2,000 sebulan, peningkatan lima kali ganda," kata Chong.

"Secara umumnya tahap pendapat rakyat Sarawak meningkat hanya lima kali ganda.
"Ia tidak seperti dakwaan Taib, kecuali jika dia bercakap berkaitan pendapatan anggota keluarhanya yang saya percaya antara 5,000 hingga 50,000 kali ganda."
Taib dalam ucapan sempena Hari Malaysia dilapor berkata, jika Sarawak terabai seperti dakwaan pembangkang, pasti negeri itu tidak dapat meningkatkan pendapatan modal rakyat kepada 50 kali ganda dalam tempoh 50 tahun.
Justeru, ketua menteri berkata BN harus terus membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 kerana ia terbukti berjaya mentadbir negara dengan baik.

- Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.