Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label sultan. Show all posts
Showing posts with label sultan. Show all posts

15 September 2012

Melayu tidak bersultan tarafnya lebih rendah?

Gambar hiasan : Sultan Brunei

Saya adalah seorang Melayu yang tidak bersultan. Kerana apa? Kerana saya dilahirkan di Kuala Lumpur. Ibu negeri Selangor, yang dirampas oleh kerajaan persekutuan. Oleh kerana Sultan Selangor sudah tidak boleh menaungi apa-apa di tanah Kuala Lumpur semenjak dari 1974, maka saya terlewat 2 tahun untuk dilahirkan bernaung dibawah seorang Sultan. 

Ibu saya seorang Perak. Dilahirkan di Kota Lama Kiri, berdekatan dengan Kuala Kangsar. Maka Ibu saya ada seorang Sultan. Sultan Perak. Tetapi, ibu saya tidak gemar dengan Sultan Perak sekarang. Kerana beliau menganggap, Sultan Perak sekarang tidak layak menjadi Sultan. Kerana ada orang lain yang lebih layak. Itu cerita orang Kuala Kangsar, yang sudah terbiasa dengan kerabat-kerabat Sultan. Mereka seperti tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam istana Perak pada 1984 dahulu. Namun, saya tidak mahu ambil port.