Mohon klik iklan 1X yer

4 September 2012

Profesor pun benci UMNO

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi dan isterinya, Norhayati Yusof hari ini mengumumkan memilih untuk menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Demikian menurut laporan akhbar Sinar Harian hari ini.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP, DUN Stulang.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Skudai, Dr Boo Cheng Hau; Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua; dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam,” ujar beliau.

Norhayati yang merupakan seorang bekas guru pula berkata, penyertaan beliau ke dalam DAP mengikut suaminya adalah sesuatu yang baru dalam hidup.

“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua,” katanya kepada akhbar itu.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya


-Roketkini

3 comments:

  1. salam,

    Tahniah DAP semakin menajdi pilihan Melayu educated dan high/middle income.

    DAP terus maju!

    KLIK Pijak gambar Najib, Tok Guru berjiwa besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tercatat dalam sejarah, Parti GERAKAN asalnya ditubuhkan orang Melayu, tp akhirnya dimajoriti orang lain. Tidak mustahil berlaku sebaliknya sekiranya ramai2 orang Melayu menyertai DAP dan tubuh cawangan Melayu.

      Delete
  2. Tak sedar diri tak buka Mata bagaimana orang melayu Singapore ditindas dan dihina.Bodoh melayu Malaysia yang masuk DAP,buka Furqan dan baca firman Allah mengenai orang Kafir.

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.