Mohon klik iklan 1X yer

1 September 2012

Nak pilihanraya, meh baca sini.

Hari ini aku nak menulis luar dari kepompong politik walau pun ia diperlukan oleh  semua orang politik atau tidak.

Aku yakin dan pasti ramai di kalangan pembaca ini memiliki kereta. Tidak kiralah kereta apa pun,  yang pasti kereta korang tu ada tayar. Aku pasti ramai korang selama nie pandai bawak jer kereta korang tu tanpa tahu sedikitpun mengenai kereta korang, betul tak?

Tak yah nak tipu diri sendiri, aku tahu korang tak tahu pasal tayar korang. Jadi, meh sini baca info pasal tayar sebab tayar juga adalah salah satu faktor penyebab kemalangan selain sikap korang kat atas jalan raya. (cakap kat org padahal aku sendiri kadang kala bawak laju seperti dikejar hantu).
Kebanyakan tayar mempunyai kod dan ‘marking’ di sebelah wall tayar. Setiap kod melambangkan berapa maksimum ‘load’(had muatan) dan kelajuan yang boleh dibawa oleh tayar bekenaan.



Sebagai contoh : 91V
91= Ini menunjukan berapa maksimum load setiap tayar, kalau berdasarkan kod ni, setiap tayar boleh menampung maksimum load sebanyak 615kg.
V= Simbol ini pula menunjukan maksimum kelajuan yang boleh ditampung oleh setiap tayar hanya 240km/j.

So kepada yang biasa bawak kereta lebih dari 200km/j sila beri perhatian pada tayar korang, jangan pakai tayar kod Q,R,S dan T.Utamakan keselamatan anda, keluarga dan juga kepada yang menumpang kereta korang.

Speed Symbol (Simbol Kelajuan)
 
R = radial.

Nie jenis balutan rangka tayar. Jenis lagi satu ialah crossply. Tayar radial lebih senyap tapi tayar crossply lebih kuat. Lagi 2 jenis yangg jarang digunakan ialah diagonal dan bias belt.

Z = speed rating.
Tayar mempunyai rating kelajuan dimana jika ia dipandu melebihi kelajuan ditetapkan ia mungkin tidak dapat menanggung beban tekanan dan haba dan mungkin pecah/meletup.

S = selamat utk digunakan sehingga 180kmh.

H = selamat utk digunakan sehingga 210kmh

Z = selamat utk digunakan sehingga melebihi 240kmh.
*ada banyak lagi gred lain tapi yg popular di malaysia ialah H dan Z kerana ia agak umum dan boleh digunakan oleh hampir kesemua kereta.

Tarikh Pembuatan Tayar
 
Kalau korang nak tahu manufacturing date tayar, tarikh pembuatan dia ada tertera pada kod TIN (DOTXXXXXXX3005), yang perlu diberi perhatian adalah 4 angka kat belakang tayar.

Contoh : DOTXXXXXXX3005

30 tu melambangkan minggu keberapa tayar nie dibuat(minggu ke-30) manakala 05 adalah tahun (2005).

Warranty daripada syarikat pengilang adalah dalam masa 5 tahun je, lepas 5 tahun boleh dikonsider sebagai barang dah luput dan tak selamat.

Jadi, ape tunggu lagi pergi check kereta korang skang dan tengok berapa speed yang sesuai untuk korang pandu. Kalau rasa nak pandu laju, pergi tukar tayar korang..ambik yang jenis Y. ( ade ke idak kat Mesia nie).
Oh yer, tayar kereta keluaran Ah Seng iaitu kereta sorong tidak termasuk dalam kategori di atas.

Harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.