Pilihanraya umum 8 mac 2008 menjadi saksi
 tumbangnya Negeri Perak ke tangan pembangkang. Di samping negeri Perak,
 negeri Pulau Pinang,Kedah dan Selangor turut berjaya dirampas oleh 
Pakatan Pembangkang. Manakala PAS berjaya mengukuhkan kedudukannya di 
Kelantan dengan kemenangan yang lebih besar.
![]()  | 
| foto 1: Dato Seri Nizar sentiasa tenang berhadapan dengan wartawan | 
Di negeri Perak, tiada siapa meramalkan pakatan PAS-DAP-PKR bisa menakluk negeri ini. Negeri Perak sememangnya kubu kuat Barisan Nasional semenjak dahulu lagi. Belum pernah dalam sejarahnya negeri ini diperintah oleh parti pembangkang. Pendek kata, BN tidak menduga akan kalah dan Pakatan pula tidak sangka akan menang.
pada PRU ke-11 pada tahun 2004, Barisan 
Nasional menang 52 kerusi Dun manakala pembangkang 7 sahaja .Pada PRU 
ke-13 , Perak dilanda tsunami politik. BN hanya mampu bertahan di 28 
kerusi Dun sahaja. Manaka PAS menang 6, PKR 7 dan DAP menang 18 kerusi. 
Lalu kerajaan campuran PKR-PAS-DAP ditabalkan. Dato Seri Nizar Jamaludin
 dari PAS dilantik sebagai Menteri Besar.
Memerintah dengan majoriti tipis (beza 3 
kerusi) adalah sangat berbahaya. Kerajaan sebegini terdedah dengan 
pelbagai dugaan. Pihak lawan akan sentiasa berusaha menjatuhkan kerajaan
 dengan pelbagai cara. Memandangkan pembangkang baru sahaja memegang 
kuasa, jadi ada diantara mereka yang tidak kuat ketahanan diri. Jadi ada
 yang mudah diperangkap dan dibeli. Siapa yang tidak kelabu mata jika 
ditawar wang berjuta juta?Wakil rakyat PAS di Kelantan selalu dirayu 
dengan wang. Pernah seguni wang dibawa datang kerumah. Namun kerana 
kekuatan iman dan roh perjuangan, PAS berjaya bertahan sebagai kerajaan 
walaupun hanya dengan majoriti satu kerusi!
Kerajaan Nizar diserang bertubi tubi. 
Beliau dikritik disana sini. Tuduhan beliau sebagai boneka DAP adalah 
biasa didengar. Kritikan ke atas pembelian kereta camry dibuat sehebat 
hebatnya walaupun Nizar sudah memberi penjelasan yang logik tentang itu.
 Tapi kita tahu itu semua kritikan politik. Kenapa politik? sebab tidak 
ada siapapun yang mengkritik kerajaan Sarawak dibawah BN walaupun mereka
 menggunakan kereta Volvo,Roll Royce yang nyata lebih mahal dan membazir.
![]()  | 
| foto 2 : kereta camry yang dijadikan modal politik murahan oleh musuh politiknya | 
Akhirnya kerajaan Nizar disentak dengan 
penahanan dua orang EXCO kononnya terlibat dengan rasuah dan habuan 
seks. Osman Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Jamaluddin Radzi 
(PKR-Behrang) dituduh rasuah bersabit projek perumahan bernilai ratusan 
juta ringgit di Bandar Seri Iskandar. Mereka diperangkap dan mereka 
terpaksa mengaku kerana bukti bukti sudah ada. SPRM sudah ada bukti 
kukuh termasuk rakaman perbuatan mereka.Maka sejak itu mereka mula naik 
turun mahkamah. Nizar mula diasak disana sini berhubung kedua dua EXCO 
tersebut. Mereka mendesak agar EXCO tersebut dilucutkan jawatan. Namun 
Nizar berpendapat jawatan mereka akan terlucut sekiranya mahkamah 
mensabitkan mereka bersalah kelak.
![]()  | 
| foto 3 : Dua Adun Pengkhianat. Jamaludin (Kiri) dan Osman Jailu (Kanan) | 
Semenjak itu bermulalah isu lompat parti 
di Perak. BN mendakwa sebilangan adun Pakatan bakal menyeberang 
menyertai mereka. Nizar pula membuat kenyataan yang sama bahawa beberapa
 Adun BN sudah memberi isyarat untuk menyeberang ke Pakatan. Serangan 
psikologi semakin sengit dan menimbulkan keresahan dikalangan rakyat. 
Akhirnya secara tiba tiba Dato  Nasarudin Hashim (BN-Bota) mengumumkan 
keluar parti untuk bersama sama dengan PKR kerana hilang kepercayaan 
dengan Barisan Nasional. Negara terkejut. BN tergamam. Satu ceramah 
besar besaran di adakan di Bota dimana Dato Nasarudin sendiri berucap 
menyatakan komitmennya bersama Pakatan Rakyat.
![]()  | 
| foto 4: Adun Jelapang, Hee Yit Foong mengkhianati kerajaan Pakatan Rakyat Perak | 
Seminggu sesudah Pilihanraya Kecil Kuala 
Terengganu yang menyaksikan kemenangan besar PAS, Negeri Perak 
dikejutkan dengan kehilangan 2 EXCO yang sedang berdepan kes mahkamah. 
Isteri mereka menangis dan mengadu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim kerana
 mereka gagal dihubungi meskipun melalui SMS. Mereka hilang hampir 
seminggu tanpa khabar berita. Ini diburukkan lagi dengan ghaibnya 
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hee Yit Foong (DAP-Jelapang). 
Negeri Perak terus berkocak. Kerajaan Nizar dalam bahaya. Ramai wartawan
 bertanya adakah Nizar akan membubarkan DUN bagi menyelesaikan masalah 
yang timbul. Nizat tetap yakin bahawa kerajaannya masih kukuh untuk 
terus memerintah.
BERSAMBUNG. NANTIKAN SIRI KE-2




spesis haram jadah yang pm mesia sebutkan ! ABU !
ReplyDelete