Mohon klik iklan 1X yer

15 April 2013

Aktivis ditahan dibalai polis Bidor

KUALA LUMPUR, 15 April – Adik kepada Teoh Beng Hock, Teoh Lee Lan dan tiga lagi aktivis telah ditahan dibalai polis Bidor, Perak selepas mengedarkan risalah menuntut perubahan kerajaan dan keadilan untuk pembantu ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) DAP Selangor yang mati dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) empat tahun lalu.  

Koordinator bagi badan bukan kerajaan (NGO) ‘Rakyat Malaysia untuk Beng Hock’, Ng Yap Hwa merupakan antara yang ditahan mengatakan kumpulan tersebut terserempak dengan sekumpulan polis yang tidak berpakaian seragam.

“Kami bertanya apakah kami ditahan, tetapi mereka tidak memberitahu apa-apa. Mereka menyuruh kami bekerjasama dan mengikut mereka ke balai polis untuk penyiasatan,” kata Ng dipetik dari sebuah portal berita.


Menurut Ng, mereka terpaksa mengikut polis oleh kerana MyKad milik mereka berada bersama polis. Ng percaya mereka akan didakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) tetapi masih belum disahkan oleh pihak polis.

“ADUN DAP A Sivanesan menghubungi pegawai Special Branch apabila mengetahui tentang ini.

“Beliau diberitahu kami disiasat di bawah PPPA oleh kerana risalah tidak menyatakan tentang pencetak,” kata Ng dipetik dari portal berita Malaysiakini.


1 comment:

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.