Mohon klik iklan 1X yer

15 April 2013

Sah Mantan MB sertai Pakatan Rakyat

Seorang bekas MB Umno sah mengisi borang kemasukannya ke dalam PAS, demikian menurut pemimpin tertinggi PAS. Menteri Besar berkenaan yang berkhidmat lebih 10 tahun itu akan mengistyharkan kemasukannya ke dalam PAS dua hari selepas hari penamaan calon.  


“Beliau tidak mahu mengistyharkan sekarang ini bimbang takut beliau dikatakan hendakkan apa-apa jawatan atau pun menjadi calon dalam pilihan raya,” demkikian beritatahu pemimpin berkenaan.

Sebenarnya desas desus MB seorang ini akan menyertai PAS sudah lama kedengaran tetapi ia tenggelam timbul. Barulah sekarang ini hasratnya itu sahih apabila beliau telah mengisi borang keahlian PAS di hadapan Timbalan Mursyudul Am PAS, Dr Haron Din.
Penyertaan bekas MB ini memberi pukulan hebat kepada Umno terutamanya di negeri yang beliau berkhidmat.

Dalam pada itu pihak Umno juga tertanya-tanya mengenai MB berkenaan yang dikatakan sudah lama menghilang dan menjauhi program UBN. Umno juga dikatakan beruasaha untuk mendekati dan menjinakkan bekas MB ini tetapi tidak berjaya.

Kemasukan bekas MB ini juga akan memberi suntikan semangat dan kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat amnya.


— msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.