Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label ulama. Show all posts
Showing posts with label ulama. Show all posts

29 April 2013

Rakyat Malaysia sokong atau tolak ulama'?

Berbanding dengan pilihan raya umum (PRU) yang silam, PRU13 menyaksikan lebih ramai ulama ditampilkan untuk menjadi calon.


Keadaan ini wujud bukan sahaja dalam parti yang meletakkan Islam sebagai teras perjuangan mereka, bahkan parti yang menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan kepentingan pembangunan fizikal.  


Justeru, untuk mengatakan Parti Islam Se-Malaysia (Pas) sebagai satu-satunya parti yang menampilkan ulama sebagai calon adalah tidak tepat, kerana parti seperti Umno, parti pemerintah dalam gabungan Barisan Nasional (BN), juga turut memberi tumpuan dan tempat kepada ulama dalam setiap PRU.