Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Showing posts with label penyanyi. Show all posts

9 April 2013

Jom Santai bersama Zulkifli Nordin

Jangan tension tension gang. Parlimen dah bubar. Tunggu Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Namun bukan semudah itu. Kerja keras perlu dilakukan oleh semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya hasrat dan cita-cita menjadi kenyataan.

Petugas-petugas pilihanraya, yang belum tidur tu, mari layan lagu ini sambil buat kerja.
Layannnnnn!!!



12 April 2012

Artis menyertai UMNO kerana membalas budi

Penyertaan artis dan selebriti dalam Umno membuktikan bahawa mereka mempunyai kesedaran politik dan mahu mempertahan apa yang mereka nikmati sekarang, kata Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin.
Beliau berkata, secara tidak langsung ia juga menterjemahkan rasa terima  kasih mereka kepada kerajaan yang selama ini membela nasib mereka menerusi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
"Sememangnya, apabila ada antara kumpulan selebriti yang menyertai Umno, ia membuktikan bahawa mereka memahami perjuangan Umno dan mereka juga merasai dan  menikmati hasilnya.