Penyertaan
artis dan selebriti dalam Umno membuktikan bahawa mereka mempunyai kesedaran
politik dan mahu mempertahan apa yang mereka nikmati sekarang, kata
Pengerusi Tetap Umno, Datuk Badruddin Amiruldin.
Beliau
berkata, secara tidak langsung ia juga menterjemahkan rasa terima kasih
mereka kepada kerajaan yang selama ini membela nasib mereka menerusi
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
"Sememangnya,
apabila ada antara kumpulan selebriti yang menyertai Umno, ia membuktikan
bahawa mereka memahami perjuangan Umno dan mereka juga merasai dan
menikmati hasilnya.
"Sebagai
membalas budi kerajaan yang banyak membantu mereka menerusi filem dan
persembahan, maka mereka mengambil keputusan untuk menyertai Umno dan mereka
mahu mempertahankan apa yang mereka nikmati sekarang," katanya kepada
Bernama di sini hari ini.
Badruddin
berharap artis dan selebriti yang mempunyai ramai peminat di seluruh
tanah air mampu berperanan untuk menerangkan dasar-dasar yang dilaksanakan
kerajaan Barisan Nasional.
"Kita
tahu golongan selebriti ini mempunyai ramai peminat dan penyokong. Jadi
mereka mempunyai peranan tersendiri, sekali gus menarik sokongan peminat mereka
terhadap Umno," katanya.
Antara
selebriti yang menyertai Umno adalah Tan Sri Jins Samsudin, Jamal
Abdillah, Datuk AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosnaida, Afdlin Shauki
Aksan, Harun Salim Bachik, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris
Kool dan Adam AF.
Badruddin
berkata penyertaan selebriti dalam mana-mana parti politik sama ada BN
atau pembangkang bergantung kepada penilaian masing-masing.
"Cuma
saya boleh cakap, bagi mereka yang masuk kem di 'sebelah sana', mereka
mungkin adalah orang yang kecewa, yang merasakan diri mereka tidak diberi
perhatian sewajarnya.
"Tetapi
kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang adil dan saksama,"
katanya.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.