BESUT – Rahsia kehidupan mewah seorang pelajar perempuan berusia 14
tahun terbongkar selepas guru sekolahnya di Kampung Raja di
sini mendapati dia membawa RM800 ke sekolah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata,
pelajar tingkatan dua itu disiasat oleh guru sekolahnya selepas melihat
keadaan dia yang mencurigakan sejak belakangan ini.
Menurutnya, apabila disoal siasat gadis tersebut mengaku membawa wang
dalam jumlah yang banyak hasil menjual pil kuda kepada bukan pelajar di
luar sekolah.
“Pihak sekolah telah menyerahkan pelajar tersebut kepada polis dan
hasil soal siasat pelajar berkenaan memberitahu dia telah menjadi
pengedar dadah sejak hampir empat bulan lalu dan memperoleh bekalan
daripada bekas teman lelakinya.
“Pelajar itu memberitahu mendapat upah kira-kira RM100 setiap kali
dapat menjual dadah yang dibekalkan dan mendakwa dipaksa menjual dadah
tersebut oleh bekas teman lelakinya,” katanya.
Kamaruddin berkata, pada jam 4.30 petang, Ahad lalu sepasukan pegawai
dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah telah
berjaya menahan teman lelaki pelajar itu di sebuah wakaf di Kampung Air
Terjun.
Menurutnya, sebelum itu, suspek berusia 19 tahun cuba melarikan diri
sambil membuang satu uncang ke tanah namun dia berjaya diberkas.
“Pemeriksaan dalam uncang berkenaan menemui sebanyak 70 biji dipercayai
pil kuda manakala pemeriksaan pada badan suspek menemui 30 biji lagi
pil kuda menjadikan keseluruhan sebanyak 100 biji serta wang RM650,”
katanya.
Kamaruddin memberitahu, kejayaan itu membawa kepada tangkapannya abang
suspek berusia 34 tahun pada jam 5.15 petang hari sama di sebuah rumah
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Air Terjun.
Hasil pemeriksaan di rumah abang suspek menemui tujuh pil kuda di dalam rumah berkenaan.
Sementara itu, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan
pelajar berkenaan negatif dadah tetapi abang suspek pertama positif
dadah pil kuda dan kedua mereka ditahan untuk siasatan lanjut.
Suspek pertama disiasat di bawah Seksyen 39A1 Akta Dadah Berbahaya 1952
dan Seksyen 12(2) akta yang sama manakala abangnya di bawah Seksyen
12(1) dan Syeksen 15(1) akta yang sama.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.