Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

6 September 2014

Penyokong PR Sila Baca Sampai Habis

Pakatan mesti bersetuju untuk tidak setuju

Apabila PKR tidak setuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menjadi menteri besar Selangor, PAS setuju dia terus menjadi menteri besar. Masing-masing ada sebabnya. Apabila PKR/DAP setuju memberi 1 nama saja kepada istana sebagai calon MB baharu, PAS setuju memberi lebih 2 nama seperti yang dikehendaki istana. 

Ia adalah satu dua contoh bagi Pakatan ada yang tidak disetujui sesama sendiri. Di samping banyak disepakati tetapi tidak semua boleh dipersetujui semua. Dalam semua muafakat dan kerjasama tidak semua dipersetujui.

Maka setiap kerabat Pakatan wajar belajar hakikat ini.

Jika semua yang ada pada PKR dan semua yang dikehendaki PKR dipersetujui PAS, maka tiada perlu lagi PAS wujud. Tutup parti dan semua ahli PAS masuk PKR. Jika semua yang PAS mahu dipersetujui Anwar tidak dia membentuk partinya sendiri. Masuk saja PAS selepas dipecat Umno.

27 August 2014

Isu Panas. Nyahkan President!

Saya dimaklumankan oleh seorang kawan rapat dalam parti berkenaan satu perjumpaan telah diadakan di KL lebih kurang sebulan lalu dengan dengan mengumpul beberapa orang blogger pro Pakatan Rakyat. 


Perjumpaan ini diketuai oleh seorang bekas wartawan dan seorang aktivis parti. Dalam perjumpaan berkenaan telah dihadiri oleh seorang kepimpinan utama parti. 

Perjumpaan ini menyebut pri pentingnya menguasa media untuk menjatuhkan UMNO dan BN semasa PRU-14 nanti. 

Strategi untuk mencapai penguasaan media terutama media sosial melalui 5 tahap. Antara yang disentuh iaitu tahap 3 untuk mematahkan halangan dalam dan luar parti dan juga Pakatan Rakyat. 

4 May 2013

Minggu depan tiada TOL

Dalam panas terik petang ini, lebih 5,000 hadirin yang majoritinya kaum Cina memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim di Alor Setar bagi mendengar ceramah raksasa 'Super Friday' - kempen besar terakhir Pakatan di Kedah sebelum pilihan raya Ahad ini.

Kehadiran ramai kaum Tiong Hua dalam majlis anjuran DAP itu memecah 'kesunyian' mereka yang sebelum ini tidak menyatakan sokongan dengan terbuka dalam pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Walaupun tanpa kehadiran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah pengangkutan dan kesesakan jalan raya, perhimpunan itu tetap menaikkan semangat penyokong Pakatan dengan ucapan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. 

15 April 2013

Berpakatlah secara baik

PKR dan sekutu dekatnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan lambang dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti.


Kegagalan ini menyebabkan dua parti itu bakal bertembung tiga penjuru dengan BN di tiga kerusi – parlimen Sungai Siput, Perak dan DUN Kota Damansara dan Semenyih, Selangor.

Calon-calon PSM di kerusi tersebut bertemu tokoh PKR Anwar Ibrahim petang semalam selama sejam di Petaling Jaya tetapi kedua-dua pihak masih dengan pendirian masing-masing.  

Dalam rundingan itu, penyandang Sungai Siput Dr D Jeyakumar, setiausaha agung PSM S Arutchelvan (calon Semenyih) dan pengerusinya Mohd Nasir Hashim (penyandang Kota Damansara) bertegas mahu menggunakan logo genggaman tangan kiri parti itu.

9 April 2013

Jom Santai bersama Zulkifli Nordin

Jangan tension tension gang. Parlimen dah bubar. Tunggu Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Namun bukan semudah itu. Kerja keras perlu dilakukan oleh semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat supaya hasrat dan cita-cita menjadi kenyataan.

Petugas-petugas pilihanraya, yang belum tidur tu, mari layan lagu ini sambil buat kerja.
Layannnnnn!!!



6 April 2013

Melayu perlukan Pakatan Rakyat

Setelah lama berdiam diri, bekas defakto Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) menulis dan meminta orang Melayu mengundi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.  

"Kepada mereka (orang Melayu), saya cadangkan, inilah peluang anda untuk mendapat kerajaan baru.

"Kerajaan baru akan membolehkan anda membuat perbandingan antara yang ada sekarang dengan yang baru," tulis Zaid dalam blognya.

Menurut Zaid, rakyat telah diberitahu dari masa ke semasa bahawa hanya Umno dan BN boleh memerintah dan melindungi mereka.

26 December 2012

Pimpinan Pakatan Rakyat di serang

Benda ni dah lama dah aku nak tulis tapi tak berkesempatan tapi kali ni aku luangkan sikit masa untuk cuba tuliskan jugak walaupun idea dengan mood tak berapa nak cantik.

Masa MediaPerak buat roadshow di Parlimen Pasir Salak atas jemputan Pas Kawasan sana, ketika sessi soaljawab antara pihak audien yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan jugak pengundi kawasan sana, ada seorang anak muda yang bertanyakan soalan yang cukup cantik,  menarik, tertarik kau memang da bomb wa cakap lu yang mana aku cukup2 berharap agar soalan yang di kemukakan oleh pemuda tu sebenarnya di tanya oleh pimpinan parti dari gabungan Pakatan Rakyat sendiri.

15 December 2012

Karpal mengakui PAS sekutu penting


Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.  

16 June 2012

ROS buat kerja atau buat apa?

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.
 

"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.

13 January 2012

Ceramah Konvensyen Pakatan

Pakatan Rakyat akan membuka tirai konvensyennya di Alor Setar esok - mungkin yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 - dengan siri ceramah di negeri malam ini.

Kira-kira 600 perwakilan dari tiga parti gabungannya - DAP, PAS dan PKR - dan kira-kira 200 pemerhati akan menghadiri konvensyen sehari itu bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah - dari jam 9.30 pagi hingga 5 petang.

Konvensyen tersebut akan bermula syarahan dan ceramah di 15 kawasan parlimen di Kedah malam ini, antaranya di Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Kuala Kedah, Pendang, Sik, Jerai, Merbok, Sungai Petani dan Baling.

3 January 2012

Blogger Umno dilaporkan sertai DAP

Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias (bawah, kanan).

NONEAriff Sabri (kiri) dipercayai meninggalkan Umno berikutan artikel terbaru menerusi laman blognya yang berjudul "Hutang Umno pada budi orang Melayu" yang membidas parti itu.

“Sebagai contoh, kami berdua merasakan Umno sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh dikawal.
"Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada Umno," tulisnya. 


Menurut Ariff Sabri, Umno menjadikan orang Melayu peminta sedekah kepada parti itu dan bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam. “Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada Umno. Umno bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.