Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu
Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk
Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran
Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.
Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.
"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.
"Setelah itu senarai baru secara rasmi telah kita
kemukakan kepada ROS, selepas itu mereka kata tidak boleh proses kerana
nama permohonan terdahulu yang dipengerusikan oleh Zaid masih ada,"
katanya. Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.
"Penjelasan kita apabila ROS menolak pendaftaran tersebut dengan alasan bahawa Zaid tidak lagi bersama Pakatan, kita telah mengadakan mesyuarat agung luar biasa dan telah melantik Kamarudin sebagai pengerusi.
Jelasnya lagi, setelah jawapan tersebut sehingga sekarang ROS tidak membuat sebarang keputusan apa tindakan selanjutnya.
"Sekarang segala-galanya ada pada ROS mereka perlu jelaskan dan perkara ini perlu disegerakan.
"Kita telah penuhi segala kriteria yang telah ditetapkan yang melayakkan untuk diberi kelulusan tetapi ini tidak berlaku," sambungnya lagi.
Saifuddin menyatakan perkara itu telah dibincangkan pada Majlis Presiden dan telah membuat ketetapan jika penolakan berlaku ke atas permohonan yang dibuat oleh Jawatankuasa Penaja yang baru yang diketuai Kamarudin yang turut diwakili oleh wakil-wakil parti maka permohonan baru akan dikemukakan.
"Permohonan baru ini akan memasukkan nama-nama besar dalam Pakatan Rakyat iaitu pemimpin-pemimpin utama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahupun Lim Kit Siang.
"Inilah tindakan seterusnya yang kita akan lakukan, tetapi sekarang kita menunggu jawapan dari ROS terhadap permohonan sebelum ini," kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.