Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

10 September 2013

Kerajaan UMNO Rahsiakan Dari Rakyat

Usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai “Global Halal Centre” semakin membuahkan hasil di peringkat antarabangsa.


Penang International Halal Hub (Halal Penang) semakin menerima pengiktirafan apabila saya selaku Pengerusi Halal Penang yang mewakili kerajaan negeri, telah diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis pembukaan “4th Istanbul Halal Expo & Conference 2013 ” di Istanbul, Turki yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Turki; Yang Berbahagia Bulent Arinc.

15 December 2012

Karpal mengakui PAS sekutu penting


Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.

Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.  

10 December 2012

Terima kasih Lim Guan Eng



Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah di atas keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana telah menaikkan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak 300 peratus.


Walaupun sering dilabel sebagai anti Islam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, lebih bertanggungjawab untuk membantu Umat Islam di Negeri Pulau Pinang berbanding semasa zaman kerajaan Barisan Nasional di bawah kendalian parti Gerakan. 


Demikian kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar)dalam satu kenyataannya hari ini.

7 June 2012

Perjanjian Sulit antara UMNO dan GERAKAN Di Pulau Pinang

Mungkin akan ada yang berkata ini tuduhan liar, namun realitinya memang membuktikan antara UMNO dan Gerakan di Pulau Pinang mempunyai perjanjian sulit penyerahan bumi untuk untuk ditadbir selama-lamanya oleh Gerakan.


Bukti pertama
Pilihanraya 1990 menyaksikan Gerakan hanya menang 6 kerusi dan UMNO memiliki 12 Kerusi DUN Pulau Pinang. MCA dan MIC gagal memiliki sebarang kerusi. Namun bila berlaku perlantikan Ketua Menteri Pulau Pinang, Koh Tsu Koon yang diangkat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. (Lihat lampiran di bawah - Klik gambar untuk lebih jelas)