Mohon klik iklan 1X yer

23 April 2013

Melayu mesti tolak Umno/BN?

Terjemahan Artikel Global (TAG)
Dipetik daripada Harakah Online: Why Malays should no longer vote for UMNO/BN - Dr Rosli Khan, 18 April 2013.

PILIHAN RAYA UMUM yang akan menjelang, akan merupakan sesuatu yang sungguh penting dan menarik, untuk diri saya dan juga untuk Malaysia. Sepanjang hidup saya sudah terjadi 12 PRU dan saya masih ingat 11 PRU dengan baik, sedangkan pertama kali saya mengundi ialah pada 1982.

Banyak kejadian yang pernah saya saksikan sebagai pengalaman dan dengan itu saya ingin memberikan pendapat saya kepada para pengundi Malaysia terutama mereka yang akan mengundi untuk pertama kali

Dalam membincangkan pilihan raya umum Malaysia dan parti politik, adalah wajar kalau kita renung lembaran sejarah,, Sebagai contoh, pada 1955, Parti Perikatan (UMNO, MCA, dan MIC) telah menang 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Satu-satunya kemenangan parti pembangkang berlaku di Kuala Terengganu, dimenangi oleh Parti Negara yang ketika itu dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO, Onn Jaafar. Bermakna sejak 1955 lagi memang tidak ada salahnya untuk kita mengundi UMNO.

Pada 1959, Pilihan raya Umno pertama dilaksanakan selepas Malaya medapat kemerdekaan. Pakatan Perikatan telah menang 74 kerusi daripada 104 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Pada tahun 1964, Pilihan raya Umum pertama dilaksanakan di Malaysia, yang merupakan satu gagasan merangkumi Sabah, Sarawak dan Singapore,, Walaupun selepas dua tahun sahaja, Singapura keluar daripada Malaysia ataupun telah diusir keluar oleh Tunku (bergantunglah kepada buku sejarah mana yang anda baca) pada 1965, kekuatan pihak pembangkang memang sudah wujud dalam landskap politik Malaysia.

Pada PRU yang berikutnya pada tahun 1969, pakatan Perikatan telah kurang menyinar hingga kehilangan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen ,, Calonnya Mahathir kalah kepada PAS di Kubang Pasu dan telah dipecat oleh UMNO tidak berapa lama kemudiannya.

Kerajaan Penang telah jatuh kepada pihak pembangkang, Parti Gerakan. Kerajaan Perikatan telah mengisytiharkan keadaan Darurat, menggantung Perlembagaan dan Parlimen sehinggalah February 1971.

Pada September 1970, Perdana Menteri Tunku telah meletakkan jawatan setelah dia menjadi mangsa manipulasi yang digerakkan oleh beberapa pemimpin UMNO yang diketuai oleh Razak Husein (dan didalangi oleh Mahathir Mohammad. penterjemah)

Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah diperkenalkan gara-gara kekecohan 1971 dan dijadualkan untuk hidup sehingga 1990. Hasil rencana segelintir pemimpin UMNO, matlamatnya adalah untuk membasmi kemiskinan, dan pengstrukturan ekonomi orang Melayu ataupun ‘Bumiputra - satu terma yang merangkum orang asal Sabah dan Sarawak.
Objektif utamanya ialah untuk mengagihkan semula kekayaan Negara daripada sasaran pertamanya, dalam nisbah pemilikan ekonomi 30 peratus untuk Bumiputra.

Matlamat itu tidak pernah tercapai. Bolehlah dibuat andaian bahawa di sebalik segala kemudahan sumber yang ada, kepimpinan UMNO telah gagal segagal-gagalnya memenuhi janjinya kepadamasyarakat Melayu yang papa kedana.

Apabila Muncul Mahathir

Apabila muncul PRU pada tahun 1974, Perikatan sudah bertukar nama menjadi Barisan Nasional (BN), di mana Gerakan, PPP dan PAS menjadi anggota baru SUPP dan PBB turut serta daripada Sarawak dan Sabah Alliance daripada Sabah. Hanya DAP dan PSRM tidak ikut serta dan terus menjadi pihak pembangkang.

BN menang besar dalam PRU ini, Mahathir sudah masuk menjadi ahli semula dan menang kerusi parlimen yang lama, dan dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Kedua, Razak Hussein

Dari itulah bermulanya kemerosotan sistem pendidikan Malaysia apabila sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar telah digantikan sepenuhnya oleh sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penganta.

Mungkin juga Mahathir sedar akan kesan dasarnya yang kurang bijak itu kerana tidak lama kemudian beliau telah menghantar semua anak-anaknya menerima didikan di England di mana mereka memasuki sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

Pada waktu itu, Najib Tun Razak sudah pun berada di England selama beberapa tahun. Dasar Pelajaran yang dicipta oleh Mahathir tidak menjejaskan beliau dan adik adiknya.

Menjelang 1976, sewaktu Razak Hussein mangkat, Najib pulang dan bertanding kerusi parlimen Pekan pada usia 22 tahun. Paman beliau Hussein Onn yang merupakan timbalan kepada Razak naik takhta menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga..

DEB

Kepada ramai pemimpin UKNO ketika itu, DEB merupakan satu dokumen dasar yang direstui Allah. Setiap hari ada sahaja pemimpin UMNO yang membincangkannnya dan bercakap mengenai dasar itu, tidak kiralah apakah hal itu ada kaitannya dengan isu semasa. Ia menjadi ‘didactic’ dan ‘pedantic’ kepada warga bukan Bumi dan juga golongan Bumiputra.

Ini terbukti kemudiannya apabila pemimpin UMNO mula menimbun kekayaan mereka berasaskan kuota Bumiputra mereka.

Pada pertengahan 1970-an muncullah lambakan peniaga Bumiputra, terutamanya pemborong atau kontraktor, pedagang, pengimport/pengeskport, pemilik hartanah, pemilik lesen pelbagai jenis dagang, pemilik lesen pengangkutan, pembekal dan sebagainya. Kebanyakan syarikat ini bertopengkan orang politik UMNO.

Ada yang menjelma sebagai syarikat tersenarai di papan saham yang baru, secara tiba-tiba nama mereka menjelma sebagai pemegang saham kepada syarikat-syarikat yang sudah lama terkenal. Bagaimana mungkin ini terjadi? Jawapannya terletak kepada DEB. Penyertaan bumiputra, peralihan hak milik, peruntukan bumi, hak bumi, dan pelbagai bentuk nama telah dicipta untuk memperakukan cara dan pelaksanaannya

Kekayaan Yang Melampau

Jika tidak demikian, bagaimana kita dapat mengulas tentang kekayaan Rafidah Aziz yang satu ketika dahulu hanya merupakan seorang tutor di universiti?

Nama-nama lain seperti Muhiyudin Yassin, Nazri Aziz, dan Zahid Hamidi, Muhammad Mat Taib, Khir Toyo, Khalil Yaakob dan banyak lagi nama dalam senarai panjang yang tidak ada penghujungnya. Semua nama ini dipimpin oleh seorang pakar politik yang menjadi tuan guru mereka , seorang insan yang sudah tentu merupakan pemimpin UMNO yang paling kaya dalam sejarah parti.

Kesemua pemimpin Umno ini telah memutar-belitkan dasar.

DEB untuk memperkayakan diri

Dalam proses memenuhi matlamat kuota pengagihan saham dan ekuiti Bumiputra. Golongan jutaan Bumiputra yang lain tidak pun merasa apa-apa. Hanya pemimpin UMNO yang membalunnya, Memang sungguh cekap tindakan mereka. Kerana itu, sahaja sudah melayakkan orang-orang Melayu menghumban orang-orang UMNO sejak dahulu lagi Tetapi, mereka tidak melakukannya.

Ini mungkin disebabkan minda Melayu yang banyak menaruh harapan. Mereka telah lama mengharapkan bahawa pemimpin UMNO itu akan lambat-laun mengongsi harta-harta qarun daripada dasar DEB yang mereka himpun itu dengan golongan yang mengharap. Pengharapan inilah yang nampaknya sengaja dipertingkatkan semasa proses berkempen. Pelbagai janji ditabur, berulang-kali, seperti yang telah diluahkan beberapa kali pada 1986, 1990, 1995, 1999, 2004, dan 2008. Ternyata inilah janji-janji yang masih tidak ditepati oleh pemimpin UMNO.

Di sebalik itu para pemimpin UMNO terus bertukar ganti. Bagaimana mungkin anda menuduh sembarangan terhadap segala kemungkiran janji yang dilakukan oleh pemimpin yang silam?

Sebenarnya, kek DEB itu sudah lama lesap dan tidak mungkin muncul kembali. Tahun-tahun kemewahan di mana panglima UMNO mampu memonopoli ekonomi dan durian runtuh sudah lama pupus. Sudah tidak ada lagi kemewahan, kecuali lebihan dalam bentuk RM500 yang bernama BRIM untuk segelintir yang terpilih

Pemerintahan Mahathir Selama Lebih 20 tahun

Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 16 Julai, 1981. Di sinilah bermulanya projek Mega di Malaysia; Proton, Perwaja, Lebuhraya Utara Selatan, Telkos, pembangunan pelabuhan, transmisi satelit, IPPs (penjana tenaga elektrik bebas), bekalan air, lapangan terbang baru, menara berkembar Petronas, Putrajaya dan Petronas.

Inilah era di mana keushawanan Melayu mula merudum. Kerana ada laporan menyebut bahawa Mahathir tidak berpuas-hati dengan pertumbuhan industri tertentu, yang dikatakan lembab.

Justeru, 400 pemilik lesen bas mini dan pengendalinya telah ditamatkan di Kuala Lumpur. Maka muncullah satu tauke bas tunggal bernama Intrakota untuk meneruskan khidmat pengangkutan

Strategi itu sudah pasti kantol sekantolnya. Intrakota gulung tikar digantikan oleh Rapid KL yang sebenarnya diselamatkan oleh Kementerian Kewangan (MOF). Jelas, bagaimana 400 pengusaha Melayu telah terhumban dan pupus tanpa kesan. Sedangkan perkhidmatan yang serupa dengan skala yang lebih kecil boleh dirancang dan diimplimentasikan di pekan-pekan kecil ataupun luar bandar kerana sehingga hari ini masih memerlukan khidmat pengangkutan awam.

Memang banyak cara bagaimana usahawan Bumiputra boleh menyumbang dan memainkan peranan. Tetapi apakah Mahathir, dalam tugasnya memimpin UMNO dan BN nampak semua itu?

Tumpuan minat Mahathir adalah KL ataupun Lembah Kelang. Dia tidak dapat melihat pembangunan di tempat lain di negara ini kecuali mungkin, Putrajaya

Kalaulah Mahathir tumpukan juga perhatian kepada perkampungan Melayu, yang sehingga kini masih memiliki infrastruktur yang daif, sudah tentu dia dapat membangunkan Kedah, ataupun Kelantan. Namun, negeri kelahirannya sendiri tidak dipedulikannya, menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi dan aktiviti ekonomi yang rendah.

Betapakah besar lagi persepsi pembohongan bahawa Mahathir telah melakukan banyak pembangunan kepada Negara ini? Pembohongan ini terus membiak di bawah pemerintahan Najib. Sedangkan perbelanjaan awam sudah melonjak naik mencanak . Berasaskan fakta in sahaja pembaziran wang rakyat tanpa banyak faedah pembangunan dan tanpa memperbaiki kadar pengangguran, sudah cukup untuk meransang pengundi Melayu menghumban kepimpinan yang ada.

Kemunculan Najib

Seperti Mahathir, Najib juga merupakan seorang ahli politik yang licik. Perancangan ekonomi beliau, kalau ada pun, bolehlah dikatakan sebagai ‘bombastic, grandeur and costly” (hebat, agam dan mahal-mahal)

Tidak banyak kajian yang dilakukan untuk menilai impak projek-projek besar yang baru terhadap infrastruktur lama ataupun terhadap pengendali lama apabila unsur-unsur baru diperkenalkan

Satu contoh baik yang boleh diambil semasa pemerintahan Mahathir ialah kisah Subang dan lapangan terbang Sepang. Walaupun banyak dibelanjakan di Sepang, Subang yang masih banyak gunanya dalam banyak hal, telah dibiarkan untuk mereput kerana penggunaannya yang terhad. Akan tetapi Najib tidak pun mengambil apa-apa tindakan untuk memperbetulkan keadaan

Namun, dia mahu terus memajukan Terminal 2 Sepang.

Stail Najib adalah serupa dengan kesilapan besar Mahathir. Dia hanya mengongsi kek ekonomi dengan rakan rapat dan kroni politik sahaja. Pada asasnya ada pihak berkata bahawa banyak projek mega telah dikongi dan dirancang di kalangan kawan-kawannya yang setia dalam BN,MCA,MIC dan PBB dan dengan segelintir rakan korporat beliau.

Jelas, marhaen Melayu tidak boleh masuk campur. Jika demikian kenapa menyibuk mengundi mereka?

Kek projek mega (di bawah Mahathir) yang telah dikongsi di kalangan mereka dilakar seperti di bawah ini;.

SEKTOR EKONOMIKEPENTINGAN
PROTONUMNO DAN KRONI 
PERWAJAKRONI 
LEBUH RAYA UTARA/SELATAN DAN LAINUMNO - MIC 
PELABUHAN, PKFZMCA
PENJANA TENAGA BEBAS (IPP)UMNO / GERAKAN 
TRANSMISI / SATELIT /TELCOKRONI
MENARA BERKEMBAR PETRONASKRONI 
LAPANGAN TERBANG A/BANGSA SEPANGUMNO / MCA /MIC 
PUTRAJAYAUMNO / MCA /MIC
PETRONASMAHATHIR & ANAK-ANAK
PROJEK-PROJEK DI SARAWAKTAIB MAHMUD / PBB

Tidak banyak penyertaan orang Melayu dalam projek mega ini secara terus. Kalau ada pun berbentuk superficial semata-mata . Pekerja asing telah dibawa masuk untuk mempercepatkan projek untuk menepati kehendak perdana menteri (Mahathir).

Masa Depan Orang Melayu

Syarikat-syarikat Malaysia, apalagi perusahaan Melayu tidak ada peluang untuk mempelajari sesuatu yang bermakna. Kerana itulah selepas begitu banyak projek mega dan selepas bertahun-tahun , masih belum ada satu pun syarikat pembinaan Bumi yang mampu mengemukakan tender untuk projek yang besar-besar?

Memang banyak perusahaan Melayu di Malaysia kini; peniaga gerai pasar malam, gerai makan di tepi jalan, peniaga Pasar Tani, pemandu teksi termasuk limo lapangan terbang, yang terus dinafikan lesen/permit kereta mereka, tukang hantar makanan, dispatch dan penghantar alat ganti yang boleh dilatih menjadi usahawan muda; pemandu bas dan lori.

Mereka ini dinafikan hak mendapat permit dan lesen kenderaan sendiri, begitu juga mekanik motor dan pengusaha bengkel, peruncit kecilan, dan pengilang kecil-kecilan.

Inilah kumpulan manusia yang memerlukan bantuan kewangan dan program yang membina upaya mereka boleh membesar menjadi Berjaya, mampu menggaji lebih ramai pekerja dan menarik lebih ramai pelanggan . Apakah UMNO ada sebarang program mengenai hal ini untuk mereka? 

Mereka mesti terus mengundi calon-calon BN/UMNO. Sudah terlalu banyak PRU di mana orang Melayu dijanjikan pelbagai perkara tetapi tidak tertunai juga. Sudah tiba masanya kita keluar daripada kepompong itu dan undilah untuk perubahan.

Orang Melayu akan mendapat banyak faedah, dengan menegakkan satu kerajaan yang baru yang akan merancang dan mengambil kira kepentingan jangka pendek dan panjang mereka. Lagi pun inilah satu harapan yang baru.

- Dr. Rosli Khan

Terjemahan marhaintua Suntingan m@rhaen.

* Dr Rosli Khan obtained his PhD in Transport Economics from Canfield University, UK. He has been a practising consultant/company director in the last 25 years, being involved primarily in infrastructure development and economic policies.

Artikel asal dari sini: http://blog.marhaen.info/

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.