Mohon klik iklan 1X yer

16 April 2013

Calun PKR Perak telah diumumkan Anwar

NONEPKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti.

Bagi kerusi Parlimen, hanya tiga daripada sembilan calon PKR yang diumumkan merupakan calon sama bertanding pada 2008, iaitu di Bagan Datoh (Madzi Hassan), Pasir Salak (Mustaffa Kamil Ayub) dan Gopeng (Lee Boon Chye).

Untuk kerusi DUN, juga tiga daripada 19 calon kekal bertanding di kawasan lama iaitu Kuala Kurau (Yunus Jamhari), Hutan Melintang (S Kesavan) dan Teja (Chang Lih Kang).

Pada pilihan raya umum ke-13 kali ini, PKR bertanding 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak.

Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi

Ketua pembangkang bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siputdan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat.

Parlimen
Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi
Tapah: Vasantha Kumar
Tanjung Malim: Tan Yee Kew
Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak
Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty
Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN
Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan
Temengor Supian Nordin
Kenering: Tarmizi Abdul Hamid
Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid
Batu Kurau: Fadhil Alias
Kuala Sepetang: Chua Yee Ling
Bukit Chandan: Fathmawaty Salim
Hulu Kinta: A Tinagaran
Simpang Pulai: Tan Kar Hing
Tualang Sekah: Baldip Singh
Alor Pongsu: Rosli ibrahim
Chenderiang: Bah Tony
Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab
Sungai Manik: Osman Abdul Khattab
Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli
Bota: Zulkifli Ibrahim

~ Malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.