Jika mana-mana pemimpin Umno yang berminat untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang, sabotajlah calon BN dalam pilihan raya ini.
Ini terbukti dengan apa yang berlaku di Rantau Panjang, Kelantan.
Dua individu yang pernah digantung keahlian selama tiga tahun oleh Umno kerana mensabotaj parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, kini dipilih Datuk Seri Najib Razak menjadi calon untuk PRU13 kali ini.
Kedua-dua mereka adalah bekas Ketua Umno Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail bersama bekas Bendahari, Ghazali Ismail.
