Mohon klik iklan 1X yer

12 April 2013

Peneroka ditipu

JENGKA - Dua peneroka tanah rancangan ini kerugian puluhan ribu ringgit apabila ditipu seorang kontraktor pembinaan rumah yang melarikan wang tanpa menyiapkan kerja dijanjikan.
Peneroka, Abdul Rahman Mohd Desa, 64, tidak hanya kerugian RM34,000, malah terpaksa mengambil RM20,000 simpanan Tabung Haji miliknya dan isteri bagi menyambung kerja pembinaan yang ditinggalkan kontraktor terbabit.

“Kontraktor itu membuka bahagian rumah yang hendak dibaiki. Tapi hanya 20 peratus yang dibuat sejak Julai lalu, selebihnya dia tinggalkan macam itu sahaja.

“Sehingga kini, kontraktor itu tidak dapat dihubungi untuk saya minta ganti rugi sekitar RM25,000,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, perkara itu diajukan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Temerloh, selain menghantar surat tuntutan ganti rugi kepada kontraktor terbabit.

“Surat yang dihantar dikembalikan semula kerana penghuni alamat terbabit berpindah. Saya juga ada hubungi kontraktor itu, tapi dia tidak berjawab.

“Pernah sekali anak saya cuba menghubunginya dan panggilan tersebut berjawab. Tetapi bila perkenalkan diri, dia terus letak telefon,” katanya.

Abdul Rahman berkata, kontraktor yang dikenali sebagai  Ab Rahim Talib itu hanya menghantar barang pembinaan sekitar RM10,000 sedangkan dia sudah membayar keseluruhan wang termasuk upah.

Menurutnya, sejak pembinaan tertangguh, dia telah pergi ke tempat kontraktor itu membeli bahan binaan, namun dimaklumkan urusan pembelian terbabit tidak wujud.

“Saya tidak sangka dia akan menipu kerana dia juga orang Melayu dan lebih kurang sebaya saya. Dia datang bersama seorang perempuan dikenali sebagai Ita menaiki Nissan putih.

“Saya ada membuat perjanjian bertulis dengan syarat yang ditetapkannya sendiri serta turut tertera nombor kad pengenalannya,” katanya.

Sementara itu, Mohd Nasir Mat Salleh, 72, berkata, dia yang mengalami kerugian sekitar RM12,000 kerana mahu mengganti bumbung dan membuat serambi mengenali kontraktor itu menerusi seorang jiran.

"Kontraktor itu datang ke rumah saya untuk melihat kos dan upah yang diperlukan. Tapi bila sudah bayar, hanya sedikit kerja dibuat selain enam keping bumbung dihantar.

"Simpanan sudah habis, jadi saya terpaksa biarkan sahaja keadaan rumah begitu dan saya difahamkan, jiran yang memperkenalkan kontraktor terbabit kepada saya turut tertipu," katanya.

1 comment:

  1. Aduh!! Aper nak heran kontraktor penipu! Yong banyak kali kena tipu masa renovate rumah semata-mata kerana nak tolong kontraktor Melayu. Macam hampeh!

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.