BN Pulau Pinang tidak akan menyemak semula senarai calon mereka walaupun dibantah pihak yang digugurkan atau tidak dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke13 pada 5 Mei ini.
Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata, senarai itu sudah dimuktamadkan kerana parti sudah membuat pendirian berhubung sabotaj dalaman.
Ditanya tentang tiga pemimpinnya yang mengisytiharkan perang kerana digugurkan, Teng (kiri) berkata: "Terpulang kepada mereka hendak bertanding sebagai bebas".
"Tidak banyak yang dapat saya lakukan kerana mereka meletakkan kepentingan sendiri di atas kepentingan parti."
Malam tadi, Penyelaras Gerakan Batu Uban A Mohan, bekas anggota Parlimen Tasik Gelugor Shariff Omar dan penyandang kerusi Sungai Dua Jasmin Mohammed mengisytiharkan perang terhadap BN apabila tidak terpilih sebagai calon.
Mohan bercadang bertanding bawah tiket Parti Kesejahteraan Insan (KITA) dan Shariff mahu menjadi "wakil bebas mesra Pakatan".
----------------------------------------------------------
~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.