Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label presiden penaja. Show all posts
Showing posts with label presiden penaja. Show all posts

8 April 2013

Calun Pilihanraya diculik?

Oleh : MUTALIB M.D


PRESIDEN Penaja USNO, Datu Badaruddin Tun Mustapha sebentar tadi mengesahkan bakal Calon USNO di Parlimen Semporna, Salleh Haji Abdul Salleh dikhuatiri diculik kerana tidak dapat dikesan sejak 14 Mac lalu.


Menurut Badaruddin, pihaknya mengalami jalan buntu setelah Salleh tidak dapat dihubungi selepas mereka berjumpa kali terakhir pada 13 Mac lalu dan keluarganya telah membuat laporan polis berhuung kehilangan Salleh.


"Beliau (Salleh) telah bersetuju untuk mewakili USNO menentang Calon UMNO di Semporna pada PRU-13. Tetapi apabila kami cuba menghubungi beliau untuk menandatangani borang pencalonan, Salleh tidak dapat dikesan. Malah keluarganya juga sedang berusaha mencari beliau. Kita tidak menolak kemungkinan beliau diculik kerana insiden penculikan dua pekerja di tempat Salleh bekerja tahun lalu masih menghantui kita selama ini," ujar Badaruddin yang mengesahkan setakat ini USNO akan meletakkan calon di lima kawasan termasuk Semporna.