Kena baca kena faham...
Selalu tak dengar ayat-ayat yg berbunyik begini..? Eheh.
"Awak ni tak reti bersyukur, kerajaan sekarang dah bagi macam-macam. Kene lah balas budi."
"Eh kau, kalau tak suka sangat kerajaan jangan duduk Malaysia."
"Kau bising-bising ni sedar sikit kau tu kerja dgn kerajaan jugak!"
"Pesara kerajaan perlu taat setia kepada parti kerajaan."
"Piraahh..asyik hentam kerajaan, tapi ambik jugak baucar buku. Booo..:P"
Ekhem. isu sensetip? Takpe..pandang apa yg saya nak cakap ni dengan pandangan ilmiah ok. bukan dgn perasaan emosional dan bodoh sombong. Siapa tahu anda tergolong dlm golongan yg misconception ni..so lepas ni anda tak salah lagi. :)
Testing 1 2 3. Ekhem, bismillah.. Dengar sini semua dan semua dengar sini..:P
Disebabkan kita mengamalkan demokrasi dan sistem pelbagai parti, maka anda harus terima hakikat kenapa wujudnya parti-parti politik seperti Barisan Nasional, PAS, Parti Keadilan Rakyat serta beberapa parti lain. Jadi, tidak salah sekiranya kita berbeza parti tak kiralah parti pemerintah atau parti pembangkang, itu HAK masing-masing. Lain la kalau kita ni negara komunis yg mengamalkan sistem satu parti iaitu parti yg menguasai kerajaan. Eh:p
Parti politik adalah satu badan orang2 yg bersatu@bersama membina kepentingan negara&rakyat melalui prinsip@pegangan@perjuangan tertentu yg telah dipersetujui secara kolektif. Jadi, tak kira sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sekali pun, apabila mereka memegang tampuk pemerintahan kerajaan justeru mereka menggalas tanggungjawab yg sama.
Penyertaan parti-parti politik ni dalam pilihan raya umum membolehkan parti politik tersebut membentuk sebuah kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun pusat yg dipilih oleh rakyat melalui undian pilihan raya. Kebiasaanya, parti yg menang majoriti akan menguasai kerajaan. Tetapi harus diingat! tidak ada sebuah parti politik pun yg boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah bapak dia punya walaupun parti itu memperoleh majoriti utk menguasai kerajaan. And parti politik tak boleh jadi kerajaan ye. Parti politik hanya ruling party kpd kerajaan. Benda ni kita kena faham betul-betul. kalau tak, sia-sia bercakap bagai nak rak pasal politik kalau benda basic ni still taktau.
So basically menjadi satu tanggungjawab WAJIB bagi kerajaan menyediakan barangan n perkhidmatan awam utk kesejahteraan masyarakat. Contoh: infrastruktur, bantuan bencana, taman-taman awam, penjagaan kesihatan asas, perumahan subsidi, pendidikan awam & kemudahan awam yg lain. Jadi, siapa pun jadi kerajaan memang menjadi tugas mereka utk menyediakan setiap prasarana yg kondusif seperti yg kita nikmati sekarang ni. Jadi, toksah dok pelik sangat la sebab tu dah memang kerja depa. kekeke.
And one more benda penting yg anda kena sedar, setiap rakyat negara ni membayar cukar kpd kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung n tak langsung. Harga barang yg anda beli dlm negara ini sebenarnya anda bayar bersama harga cukai. Anda/bapak anda beli kereta dgn harga yg tinggi disebabkan faktor cukai la. Sama jugak barangan lain. Maka, setiap rakyat kena tahu yg setiap hari mereka bayar cukai utk bagi kat kerajaan. Jadi, anda boleh kata wang yg dibelanja oleh kerajaan adalah wang anda.
Jadi wahai rakyat jelata sekalian, kalau kerajaan bagi bantuan/duit/elaun/apa-apa jela, tu bukan duit diorang kumpul dari kecik tau, tu duit rakyat. Malah, bukan juga duit mana-mana parti ye. Tolong la pahamkan benda basic ni. Please. Sebab masa kerajaan yg dulu berikan bantuan baucar buku n BR1M, peliknya TV3 paparkan "Rakyat berterima kasih kpd BN." Malah, semua makcik tok nenek yg muka masuk TV tu dok ulang terima kasih pada Barisan Nasional. Tu bukan duit BN ye, itu duit anda cuma modal dia pusing balik je. Sila lah sedar. Lainlah kalau program parti, haa..itu memang perlu guna duit parti tersebut. Takleh guna duit rakyat tau! Heh.
So bagi saya, papan-papan tanda seperti "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional" tidak sesuai digunakan. Seharusnya gunakan "kerajaan persekutuan” atau "kerajaan negeri" je cukup. Disebabkan slogan2 seperti ini jugalah, buat rakyat makin konpius.
Plus, untuk tentukan bagaimana cemerlang dan bagusnya sesebuah kerajaan dlm mengendalikan wang negara, bukanlah ditentukan daripada jumlah perbelanjaan mereka sahaja, tetapi bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan wang tersebut dengan AMANAH serta menggunakan hanya untuk pembangunan negara& kepentingan rakyat bukan utk diri@kroni senirik. Malah, kerajaan yg bagus seharusnya berjaya meningkatkan kedudukan ekonomi negara dan bukannya meningkatkan hutang negara. *general statement ye..:P*
And last one, berkaitan pekerja kerajaan ni ye. Yes, mereka mmg perlu taat dan patuh dgn arahan kerajaan Malaysia. Kita kan 1Malaysia! Eh. Lagipun, dah bekerja bawah kerajaan kan, haruslah patuh dgn 'bos'. Tapi, wajarkah 'bos' mewajibkan dan menentukan parti mana yg pekerja dia perlu sokong? Sangat kelakar bila ada yg berpendapat hanya yg menyokong BN sahaja yg boleh bekerja dgn kerajaan dan yg bekerja dgn kerajaan semua perlu sokong BN. Anda oii, semua peluang pekerjaan, kemudahan awam atau apa-apa sahaja yg ada dlm Malaysia ni adalah hak utk SEMUA RAKYAT tanpa mengira latar belakang politik mereka. Sama lah macam baucar buku, itu untuk rakyat Malaysia. Apa pembangkang bukan warganegara ke? Yg orang asing boleh pulak bagi kewarganegaraan. Eh lagi.
Kalau tak faham lagi, saya bagi contoh paling mudah. Antara PDRM dgn Kerajaan, siapa yg berkuasa? Well..mestilah kerajaan kan. kalau antara PDRM dgn UMNO? siapa pula yg berkuasa...? Eh, jgn terasa ye saya sekadar bertanya. Hihik. Erm..pekerja kerajaan ni sebenarnya perlu patuh dgn arahan kerajaan Malaysia atau arahan parti ye? Gaji pekerja kerajaan tu dibayar menggunakan wang parti itu sendiri ke? Ye, memang parti pemerintah dan kerajaan tu hakikatnya akan berkait. Tapi, still kena reti beza ok. Lagi satu, wajarkah seorang pesara kerajaan yg telah berkhidmat utk negara dilabel sebagai "tidak kenang budi" dan "tidak ada maruah" hanya kerana kemudiannya menyokong pembangkang? Ish ish. Betapa tak matangnya pemikiran tersebut..sukati dia lah. :P
So, betulkan persepsi songsang anda. Erm, yg pasal kes suruh berambus dari Malaysia tu dah kritikal sangat kot. Banyak kena fahamkan lagi tu, kalau tak mmg seronok je org gelakkan ayat 'patriotik' anda tu. Heh. Actually, benda ni anda yg bijak ni pun dah boleh pikir sendiri sebenarnya, kita sendiri nampak bagaimana sesetengah pihak menyalahgunakan kuasa yg ada. Dah macam negara ni mereka yg punya pulak. Eh. Agaknya bagaimana keadilan akan tertegak sekiranya penimbang itu berat sebelah?
Jadi, sebagai golongan terpelajar dan bijak bistari, patutkah anda sekadar duduk dan melihat saja tanpa ambil tahu? Jangan jadi masyarakat typical yg mudah berpuas hati apabila diberi ganjaran walaupun hakikatnya sedikit apatah lagi masyarakat yg langsung tidak mahu kisah. Cukup sekadar wakil rakyat mereka turun sewaktu hari berkempen dan memberi saguhati sepanjang hari berkempen, lepas tu...? Hurm.
Akhir kata, kerajaan dan pembangkang sebenarnya harus bertindak sebagai "check and balance". Mereka bekerja demi kepentingan rakyat. Bila pembangkang mendesak itu dan ini, then kerajaan pun buat kerja sbb ada tekanan, mungkin kita tak dapat apa yg ada sekarang kalau mereka yg diatas terus tak sedar diri dan bermaharajalela dgn kuasa yg ada. Lumrah manusia, kena ketuk baru jalan. Tapi, anda sebagai rakyat tetap berhak untuk memilih kerajaan pilihan anda utk 4tahun yg akan datang. Parti tu parti la. Kerajaan itu rakyat! Luaskan kuasa rakyat. SELAMAT MENGUNDI! :)
P/s: Kalau anda kata saya 'tak kenang budi' jugak, maknanya anda kena baca lagi sekali. Maafkan saya jika tersalah kata atau terasa. :)
"Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Itu sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan." (As-Saff: 2-3)
Wallahu'alam.
Sumber: Facebook
Kita dididik bersyukur dari rumah lagi. Kita belum terdetik untuk sepak ibubapa macam anjing dan gelar mereka kafir laknat. Kita bersyukur dan bawak diri ikut lunas agama.
ReplyDelete