Mohon klik iklan 1X yer

31 May 2012

Terima kasih PDRM janji halang pengacau.

Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di Alor Setar esok. 

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu.

Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.

Panas: "UMNO Temerloh" Bergolak, Usaha Cantas Dato' Saifuddin

TEMERLOH, 31 Mei - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Saifuddin Abdullah (foto) berkemungkinan besar tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ia berikutan terdapat desas-desus yang cukup jelas daripada UMNO Bahagian Temerloh untuk menggantikan beliau dengan calon lain.

 Jika ini berlaku, maka kemungkinan besar Parlimen Temerloh akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kali ini. Ramai dikalangan penyokong Saifuddin mahu pemimpin terbabit dikekalkan sebagai calon kerana beliau dilihat lebih disenangi oleh kawan mahu pun lawan. Malah, imejnya yang cukup bersih serta berketerampilan itu amat dihormati oleh rakyat di kawasan ini. 

Larang kempen kartun macam kartun


Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'. 

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen. 

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

Gempar di kemuncak Himpunan Hijau



Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.



Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya. 

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Aduh! Dokumen scorpene bocor lagi

Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.


Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi  manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". 


Breham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan.

Anwar cabar DS Najib lagi. jawab ler 'saya pantang dicabar'

“Keengganan beliau (Najib) untuk berdebat dengan saya (Anwar) berkaitan dasar-dasar ekonomi hanya mengesahkan dakwaan mutakhir ini bahawa beliau (Najib) sememangnya memimpin sebuah kerajaan yang lemah – baik dari aspek ekonomi, moral dan juga intelektual,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Sheikh Kadir tubuh parti baru?



Oleh : MSO


Ada angin senja yang berhembus membawa khabar bekas MT Umno yang sudah tidak lagi mempercayai kepada parti itu dan telah mengucapkan selamat tinggal kepada parti yang disertai lebih 50 tahun itu, Kadir Sheikh Fadzil akan menubuhkan parti politik baru sebagai platform barunya untuk berjuang membela rakyat dan serentak itu mendedahkan kebusukan Umno. 

Kadir dikata mengambil keputusan itu selepas beliau gagal untuk menyalin Ngo Angkatan Amanat Merdeka (Amanah)  sebagai parti politik apabila mendapat bantahan daripada kebanyakan anggota Ngo berkenaan.

Kelantan dianak tiri oleh Umno sejak 1959


Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.

Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.

30 May 2012

'fail rasuah' Azmin bocor


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat laporan polis mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamarudin, bahawa dia mendapat satu laporan sulit yang membuktikan bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali 'disiasat atas dakwaan rasuah' pada tahun 1995. 


Panel Penilaian Operasi SPRM juga akan bermesyuarat esok bagi membincangkan dakwaan Raja Petra bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Azmin itu dihentikan.



Ketika itu, Anwar merupakan timbalan perdana menteri, manakala Azmin adalah setiausaha peribadinya.


'Tahniah' Umno 'berjaya' rosakkan akhlak belia


Dewan Pemuda PAS Selangor mengucapkan ‘tahniah’ kepada Umno BN kerana telah ‘berjaya’ meneruskan agenda merosakkan akhlak anak-anak muda Malaysia dengan program hiburan yang melalaikan dan melucahkan sempena himpunan sejuta belia di Putrajaya baru-baru ini. 

Ketuanya, Hasbullah Mohamad Dizwan berkata, pihaknya kesal kerana pemimpin tertinggi Umno BN merestui program hiburan melampau dengan aksi  tarian yang melucahkan daripada artis luar negara untuk dipertontonkan kepada belia-belia yang hadir di dalam himpunan tersebut. 

'Parti itu' bersifat Ketuhanan?

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara.

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Memang sah FGVH untuk kroni


Tindakan peneroka menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah tepat kerana akhirnya ia semakin kelihatan untuk kepentingan Umno dan kroninya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

29 May 2012

Musa Hassan sahkan rangkaian politik - kongsi gelap

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Tolong keluarkan Fatwa FGHV

FGVH: Apa fatwa libatkan tanah rizab Melayu

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menuntut supaya sebuah fatwa dikeluarkan dalam isu penyenaraian FGVH yang bakal melibatkan lebih 105,000 ekar Tanah Rizab Melayu (TRM) dalam Felda.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) berkata, kehilangan tanah milik orang Islam yang berlaku di negara ini adalah mirip kehilangan tanah orang Palestin yang berpindah tangan kepada orang Yahudi.

“Pihak Majlis Fatwa Kebangsaan wajar bersidang untuk membincangkan isu ini dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Perlumbaan Drag Hari Belia Perlumbaan Haram

MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan

Drag race crashPersatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

Jahanam! harta orang Melayu Felda telah dipajak.

 KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

28 May 2012

Oi rakyat, korang tahu tak sejarah ini.

Terjumpa Di Blog SHA

Tengku Puteri Zainah Tengku Iskandar, bekas isteri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Najib Tun Razak menangkis fitnah-fitnah yang menuduh beliau tidak siuman dan uzur untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Pakatan Rakyat menguntungkan peniaga

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa insentif penting untuk golongan peniaga dan penjaja kecil termasuk menurunkan kadar bayaran pendaftaran kali pertama bagi perniagaan pemilik tunggal dan perkongsian kepada RM50 untuk tempoh lima tahun sekali gus.

27 May 2012

UMNO peranakan Penang sukakan keganasan

Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan
Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Video Kemalangan Perhimpunan Hari Belia Putrajaya.


Tragedi di Himpunan Sejuta Belia - Drag Racing Tajaan Umno-APCO

  17 penonton cedera dan 2 orang parah dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.
Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas& dan gagal dikawal.

Ustaz Azhar memang power

Ustaz Azhar diharamkan di PICC, dibanjiri anak muda di Masjid As-Salam Puchong


Penganalisa politik dinasihati siswa

ULASAN 

Terlibat dengan gerakan mahasiswa menjadikan saya membina pandangan alam yang lebih luas.

Gerakan mahasiswa bukan saja terdedah kepada politik nasional secara langsung, bahkan entiti ini harus mendepani cabaran-cabaran untuk terus membina gelombang rakyat. 

Bukan sekadar membaca tulisan-tulisan 'pemerhati dan penganalisa politik', gerakan mahasiswa sebaliknya hadir terlibat secara langsung.

25 May 2012

Alahai Belia. 'Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan?'

Sambutan Hari Belia Negara 2012 diadakan di Putrajaya telah pun bermula pada 23 Mei dan akan berakhir pada 27 Mei ini.

 "belia hari ini adalah gambaran pemimpin masa depan"

Pelbagai acara akan diadakan ianya termasuklah acara sepanjang 6km, 1000 persembahan, 22 pentas aktiviti, 500 acara, 38 segment, dan dijangkakan kehadiran 2 juta pengunjung, sepanjang 5 hari penuh .

Aktiviti yang diadakan bertema 'Jutaan Peluang, Ribuan Keriangan'.

24 May 2012

Penjawat awam dedah rahsia boleh didakwa

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada umum meskipun telah bersara.
 
Pakar Undang-undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana bimbang akan keselamatan­ awam dan negara serta bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.

Hukuman denda di Malaysia


Sertai PAS demi memperjuangkan Islam

Bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari berkata bahawa tujuannya menyertai PAS adalah untuk "memperjuangkan Islam mengikut lunas demokrasi yang dibenarkan."

22 May 2012

‘Sub-kontraktor’ UBN lawan Pakatan Rakyat

Seronok bila kita lihat gelagat kumpulan-kumpulan pro-UMNO yang tidak habis-habis menibai parti oposisi dengan macam-macam tomahan dan fitnah yang tidak masuk akal.
Tatkala masyarakat Malaysia sudah memahami erti persaudaraan dan kerjasama Bangsa Malaysia, UMNO-BN masih lagi dengan agenda memecah-belahkan rakyat.
Menakutkan Melayu dengan bukan Melayu, melaga-lagakan antara agama … ini semua kerja yang penjajah British pernah buat dahulu.
UMNO pecah-belahkan kesatuan rakyat

21 May 2012

Keretakan BN semakin parah

MCA pusat masih menunggu laporan rasmi daripada MCA Johor mengenai tindakan 10 anggota dari bahagian Pengerang keluar parti itu Jumaat lepas. 

20 May 2012

Annuar Musa bersama GEGAR

Annuar Musa yang semakin tersisih dari persaingan politik UMNO Kelantan memberikan sokongan menuntut royalti minyak Kelantan. 

Mereka mahukan perubahan.

Mereka ini telah terbuka pintu hati untuk bersama Pas dalam Pakatan Rakyat.
Anda bila lagi.

Abby Abadi @ Inspektor Aliza

Sambutan Hari Belia Pulau Pinang di Protes

Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi (19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan.

19 May 2012

Pemimpin Umno di Perak mengamuk dan isytihar keluar parti

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu. Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

18 May 2012

Khairi, lu jangan menyibuk boleh tak

NONESekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umno KhairyJamaluddin Abu Bakar pula.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.

Cikgu kata tak sopan buat senaman punggong

NONETokoh pendidik Melayu Tan Sri Arshad Ayub menyifatkan "senaman punggung" di depan rumah Pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga sebagai perbuatan yang tidak wajar diteladani orang Melayu yang lain.

"(Tindakan itu) tak betul, kita tak payah ikut sama.

"Dari segi (budaya) Melayu pun tak elok juga," katanya sewaktu ditemui Malaysiakini selepas majlis wacana bersama timbalan perdana menteri di Kuala Lumpur.

17 May 2012

Contoh budaya Islam dan Melayu?

Petang tadi waktu aku membeli barang di kedai, seorang sahabat non muslim menunjukkan gambar dari sebuah akhbar semalam. Sebuah pertanyaan dilontarkannya, 

"Sori arr kawan, Islam ada ajar melakukan perkara ini ke?".
 
 Fuh! malunya aku. 

Gempar! Lembu NFC serang BN

16 May 2012

Hek elehhhh! Dulu kata sanggup pergi Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri bagi menyiasat urusniaga kapal selam Malaysia-Perancis yang sedang berlangsung.

15 May 2012

Kain rentang di program Syiah di turunkan

NONEJabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali lagi menjalankan tindakan ke atas sekumpulan pengikut Syiah yang mengadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran anak perempuan Nabi Muhammad.

Kumpulan berkenaan kali ini hanya dipaksa untuk menurunkan kain rentang program yang dilihat didakwa mempromosi fahaman tersebut.

Penganjur itu juga dikompaun sebanyak RM250 oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang turut menyertai operasi hari ini.

14 May 2012

Te#&r mereka terperusuk ke dalam angkara Nizar.

UMNO anjur ceramah bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ingatkan gagah berani. Berani bercakap benar. Gagah dan perkasa.  Rupa-rupanya pembohong kecut tel#r  dan tergagap-gagap bila orang yg difitnah berada disebelah.


Ceramah UMNO tersebut diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

7 sebab BN sudah tidak layak perintah negara

Oleh Kembara Jr.
 
Ini ialah 7 jawapan balas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang berucap di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012, kenapa Umno BN tidak layak diberi mandat di dalam PRU 13.

Pertama, apakah kepimpinan Umno BN boleh dipercayai? Datuk Seri Najib tidak boleh berbangga dengan pemberian BR1M , kerana ini bukan wang lebihan tetapi daripada hutang. Begitu juga durian runtuh kepada peneroka Felda, bukan wang hasil jimatan
.

13 May 2012

Durian runtuh peneroka adalah hanya 9% untung dari penyenaraian Felda

Pihak PKR telah membuat analisis kewangan mengenai bakal keuntungan penuh FELDA daripada Initial Public Offering (IPO) FGVH. Analisis kewangan kami menunjukkan bahawa FELDA bakal menerima RM18.7 bilion daripada hasil IPO FGVH.
Keuntungan FELDA terdiri daripada tiga perkara:

Tadika Kemas di kunci, pelajar bercuti

Ketika Umno menyambut ulangtahun ke-66, seramai 33 pelajar kelas Tadika Kemas di Kampung Kubang Chenok hilang tempat belajar gara-gara Kemas enggan membayar sewa kepada pemilik bangunan.

Tunggakan sewa sebanyak RM16,800 gagal dijelaskan kepada pemilik bangunan dan tanah sejak 1 Januari 2008 sehingga sekarang.

Mudahnya - Sukat dosa guna lilin

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini memantau penyebaran satu ajaran sesat yang dipercayai mengenakan bayaran kepada para pengikut untuk mengukur tahap keimanan masing-masing serta menghapuskan dosa dengan sekadar membakar lilin.

12 May 2012

Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada senator bebas daripada Selatan Australia Nick Xenophon yang digambarkan dalam artikel sebagai anti-Islam sebelum ini.

Permohonan maaf dan penarikan balik berita itu disiarkan di  akhbar milik Umno itu dan laman web berhubung artikel yang disiarkan pada 1 Mei di akhbar dan web bertajuk ‘Senator anti-Islam pantau BERSIH 3.0'.

Corporate atau Keparat

Dua terma yang hampir sama bunyi, tapi berbeza maksud.Namun pada hakikatnya, dua-dua pun sama ja 2x5. Golongan corporate = golongan elit yang berkedudukan tinggi dalam hiraki kekayaan dunia. Manakala golongan keparat pula kebanyakannya terdiri daripada golongan corporate. Golongan makan duit rakyat, perah titik peluh orang lain untuk memenuhkan kantung sendiri. Siapa setuju angkat jari? Senang cerita tekan 'like' aja la kan....

Pakaian branded, makan restoran 5 star, main golf, kereta mewah etc adalah life style golongan corporate. Golongan keparat pula? Pun sama jugak, takda beza.Untouchable, tidak boleh dikritik, sikap double standard, talam 14 muka dan bermacam-macam lagi adalah kriteria yang melengkapkan ciri-ciri seorang manusia untuk bergelar orang corporate, yang sebenarnya lebih senang untuk disebut sebagai keparat.. Setuju lagi? bagusss.... memang sekepala dengan aku.

11 May 2012

Aishah serah borang keahlian PAS

Penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin akan menyerahkan borang keahlian PAS malam ini di Taman Melewar. 

Borang tersebut akan diserahkan beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Selepas penyerahan borang keahlian, Wan Aishah juga akan menyampaikan ceramah.
Wan Aishah juga turut bersama dalam perhimpunan bersih 3.0 yang diadakan baru-baru ini.

Durian dah runtuh di Wilayah Trolak




Pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada Pemuda dan Pemudi Islam

 Pesanan dari As Syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.

Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

10 May 2012

Ucapan seorang negarawan


Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif untuk Tun Mahathir

KUANTAN, 10 Mei (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menjadi tokoh penggerak industri permotoran Malaysia sehingga berjaya menghasilkan kereta nasional Proton sejak 1985 hingga kini, akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan Automotif daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Penganugerahan akan disempurnakan Canselor UMP Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada majlis Konvokesyen Khas UMP pada 17 Mei ini, di UMP Kampus Gambang, di sini.

Jutawan Felda LB Johnson tak mampu bayar bil api, air

Malam tadi aku menjelajah lagi alam website untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Dan aku tersinggah di laman myMetro. Aku terjumpa berita ini. 

Sewajarlah ianya menjadi iktibar semua pihak. Berhati-hati itu perlu. Apabila ada pandangan yang berbeza, jangan cepat melenting apabila berlakunya perbezaan pendapat, tetapi fikir-fikirkanlah dan selidikilah kebenarannya. 

Realiti di TV3

Senario yang realiti di TV3. 

9 May 2012

Fitnah jahat - Jom puasa dan munajat

Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh anggotanya dan umat Islam prihatin untuk berpuasa sunat tiga hari berturut-turut bagi menangkis fitnah yang semakin menggila sejak kebelakangan ini.

Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, puasa sunat itu dicadang dibuat serentak di seluruh negara bermula Khamis, Jumaat dan Sabtu ini.

"Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Hassan buat skrip drama atau nobel

Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada media, awal bulan lalu.

Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan
tersebut.

8 May 2012

Fatwa Malaysia dipertikaikan ?

Turkish religion officials rule out haram fatwa for protests

 An Islamic body in Malaysia, the National Fatwa Committee, announced May 6 that it was not permissible for Muslims to participate in any rally intending to oust a government or cause disturbance in the country. However, a religious official in Turkey disagreed, saying it was a constitutional right for people to participate in protests.

Orang itu tidak ada tel*r

NONEKetua Pengarah Unit Amal PAS Juhari Osman mendakwa menerima peluru bersama surat ugutan bunuh yang diposkan ke rumahnya di Melaka lewat pagi tadi.
Menurut Johari, beliau menyedari perkara itu apabila balik mengambil anaknya dan tidak menolak kemungkinan besar ugutan itu ekoran peranannya mengetuai 4,000 anggota Unit Amal dalam perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu.

"Bila saya buka, (ada) gambar saya dan di bawahnya bertulis 'pu**mak kau Juhari... PENGKHIANAT'.

7 May 2012

MENJELANG 8 HB MAY (FELDA)

Kisah pemberian tender pasang kemah yg penuh kontrovesi diJengka 3 menjelang kunjungan PM pada 8 Mei ini.
 Si Nora, pegawai khas Isa Samad yg jadi culprit. Hari isnin yg lalu 30/412 adalah hari tutup tender tersebut tapi org Nora yg dapat tender tersebut awal2 lagi dah masuk peralatan kemah pada hari sabtu malam 28/4/12. Tender blum tutup barang2 dah sampai. Pelik kan, mcm2 berlaku skng di Felda.

Mcm mana boleh langgar procedur ????

Elok saja penender lain buat aduan pada SPRM ...
Tapi boleh ke SPRM menyiasat org2 Isa Samad ?????

6 May 2012

LANGGAR ETIKA GURU!!! Kerana sorang cikgu, malu cikgu-cikgu 1Malaysia

Sewaktu berblogwalking, aku terjumpa blog yang memaparkan cerita ini di blog http://paspb2.blogspot.com :
 
 Kerana  nila setitik rosak susu sebelanga,  begitulah  ibaratnya nasib guru-guru di tanahair ini pada jumaat  4 Mei 2012. Ini kerana seorang guru  yang  bertugas sebagai guru kunseling di Sekolah Kebangsaan Taman Palma Taiping terlalu taksub dengan fahaman politik kepada UMNO BN hinggakan sanggup melanggar etika seorang  guru dengan mempolitikan isu BERSIH 3.0 kepada murid-murid  disekolah tersebut.