Mohon klik iklan 1X yer

31 May 2012

Kelantan dianak tiri oleh Umno sejak 1959


Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.

Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.

Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada pilihanraya 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa ke Pahang.

Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia. 

Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.

Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.

“Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai".

“Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.

Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.

Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.

Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.

Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.

“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno,” katanya.

Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.


~Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.