Pengerusi NGO Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mendakwa pasangan
suami isteri yang tampil dalam pendedahan mengenai kegiatan memurtadkan
orang Islam menerima gangguan selepas video berkenaan ditunjukkan kepada
media, awal bulan lalu.
Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.
Dakwanya lagi, ada pihak yang mengatakan bahawa pelanggaran itu berkait langsung dengan pendedahan pasangan tersebut.
Beliau mendakwa, pasangan berkenaan bukan sahaja diganggu secara fizikal malah turut terlibat dalam kemalangan teruk selepas pendedahan tersebut.
"Teorinya ialah, ada yang kata perlanggaran biasa, ada yang kata ada kaitan langsung dengan pendedahan dia dalam video tersebut," kata Hasan dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Tambahnya, pasangan berkenaan bagaimanapun selamat dalam kemalangan
serius yang berlaku "beberapa hari" selepas pendedahan video berkenaan
pada 2 April lalu.
Ditanya lanjut, Hasan mendakwa pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.
Namun beliau enggan mendedahkan butiran lain berhubung insiden tersebut.
"Saya tidak mahu dedahkan... Hal polis saya tak boleh jawab lebih
daripada itu," kata bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu.
Tambahnya sejak awal lagi beliau tidak mahu mendedahkan identiti
pasangan berkenaan kerana bimbang individu berkenaan akan diganggu.
Hasan pada bulan lalu mendedahkan dua video, masing-masing sepanjang
42 minit dan 16 minit, yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke
atas orang Islam.
Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang
suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh
Australia.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.