Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label Felda. Show all posts
Showing posts with label Felda. Show all posts

23 November 2012

Aduhai! keluh kesahku.


Dulu masa aku baru kenal dunia dgn adik beradik seramai 14 0rang, makan minum boleh ditanggung ayah yg hanya bekerja di pagi hari, tiada yg kebulur. Tanah Melayu di bawah Perikatan.   

17 November 2012

Cucu Peneroka Felda disembelih bapa

Seorang bapa yang dipercayai sedang khayal akibat pengambilan dadah menyembelih bayinya yang baru berusia 11 bulan di Felda Panching Selatan dekat Kuantan semalam.
    
Nur Amirah dikelar dengan senjata tajam ketika dia sedang tidur bersama ibu dan abangnya dalam kejadian kira-kira 9.30 malam.

"Suspek yang dipercayai sedang khayal telah bertindak mengelar leher bayinya ketika isterinya keluar dari bilik tidur," kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff kepada Bernama.

30 May 2012

Memang sah FGVH untuk kroni


Tindakan peneroka menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah tepat kerana akhirnya ia semakin kelihatan untuk kepentingan Umno dan kroninya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

27 January 2012

Ahmad Maslan sangkal dakwaan Felda akan alami defisit

Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
  
Sambil menolak dakwaan bahawa Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila FGVH diapungkan, Ahmad menegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sebaliknya Felda akan tetap meraih pendapatan melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.
  
"Sebelum penyenaraian, kita telah teliti strategi mekanisme untuk pastikan Felda akan dapat pendapatan," katanya dalam sidang media sebelum menghadiri program Wacana Minda Angkatan Prihatin Terengganu, semalam.
  
Ahmad berkata antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.