Mohon klik iklan 1X yer

Showing posts with label defisit pendapatan. Show all posts
Showing posts with label defisit pendapatan. Show all posts

27 January 2012

Ahmad Maslan sangkal dakwaan Felda akan alami defisit

Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
  
Sambil menolak dakwaan bahawa Felda akan mengalami defisit pendapatan apabila FGVH diapungkan, Ahmad menegaskan bahawa ia tidak akan berlaku sebaliknya Felda akan tetap meraih pendapatan melalui pelaksanaan strategi yang dirangka.
  
"Sebelum penyenaraian, kita telah teliti strategi mekanisme untuk pastikan Felda akan dapat pendapatan," katanya dalam sidang media sebelum menghadiri program Wacana Minda Angkatan Prihatin Terengganu, semalam.
  
Ahmad berkata antara kaedah yang dipertimbangkan untuk mendapatkan pendapatan RM1.5 bilion itu ialah melalui pajakan tanah kepada FGVH, yang boleh disifatkan keuntungan bersama kepada Felda dan FGVH.