Mohon klik iklan 1X yer

24 May 2012

Penjawat awam dedah rahsia boleh didakwa

Penjawat awam boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi sekiranya mendedahkan dokumen, maklumat dan bahan rasmi yang diklasifikasikan sebagai sulit kepada umum meskipun telah bersara.
 
Pakar Undang-undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata, dokumen yang diklasifikasikan sebagai sulit tidak seharusnya didedahkan kepada umum kerana bimbang akan keselamatan­ awam dan negara serta bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.
“Sebagai penjawat awam, mereka telah menandatangani ‘kerahsiaan’ maklumat, sekiranya gagal berbuat demikian, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi, iaitu dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

“Sehubungan itu, penjawat awam yang diamanahkan kunci jabatan atau keselamatan perlu bertanggungjawab ke atasnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas tindakan penjawat awam yang telah bersara dan memilih untuk menyertai parti politik.

Menurut Shamrahayu, segala maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit perlu dilindungi dan penjawat awam dikehendaki sentiasa menjaga maruah dengan tidak mendedahkannya.

PBO: akta dicipta untuk keselamatan negara kononnya. keh keh keh .. pergi jahanamlah (haramjadah bak kata Najib) sebab yang terlindung kroni dan pak menteri serta ahli UMNO yang "merompak" wang rakyat.

Apa kejadah nak rasia perjanjian tol dan banyak lagi? Kita akui kalau akta yang berkaitan keselamtan negara seperti letak kat mana sistem pertahanan dan sebagainya tu kita setuju. Tapi kalau nak dedah penyelewangan dan sikap "haramjadah" perompak2 ni.. apa kes?

Masa untuk ubah kerajaan dan kita dedah semua. itu sebenarnya kenapa UMNO takut sangat tumbang. Takut segala kejahatan mereka ditayang di mata rakyat. Weh.. kalau tak tayang sekarang pun akan ditayang kat akhirat nanti. !!


No comments:

Post a Comment

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.