Majlis Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau
Pinang yang diadakan di perkarangan Lingkaran Luar Butterworth pagi tadi
(19 Mei 2012) berlangsung dalam suasana muram tidak menyengat selari
dengan semangat belia yang bakal mewarnai Malaysia pada masa depan.
Fenomena itu tidak sepatutnya terjadi dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) merangka Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya hujung bulan ini.Harakahdaily difahamkan suasana dingin itu berpunca daripada 'protes' belia Pulau Pinang yang tidak setuju penganugerahan Perdana Belia Negara kepada Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Saudara Jais Karim yang mewakili GPMS Cawangan Sungai Pinang.
Ekoran terasa dirinya akan diboikot menyebabkan beliau membawa 'ahli sorak' dari Kuala Lumpur semata-mata memberi gambaran sokongan padu.
(Jais menerima hadiah dari Nor Mohamed Yakcop)
Sedangkan beliau tidak aktif di negeri ini sebaliknya bergerak di
Kuala Lumpur jadi timbul persoalan kenapa namanya dipilih sebagai
pemenang anugerah.
Adakah tiada lagi nama aktivis belia dari Pulau Mutiara yang selama ini melaksanakan pelbagai program untuk kemajuan masyarakat terutamanya generasi belia yang lebih dikenali dengan Generasi 'Y di kalangan orang muda era kini.
Yang peliknya, sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang tidak pula kedengaran lagu Negeri Pulau Pinang selepas lagu 'Negaraku' seperti lazimnya.
Adakah penganjur begitu bencikan kepimpinan negeri sehingga tidak pula memperdengarkan lagu negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Walhal ia dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan tema 'Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini '.
Akibat protes tersebut ramai yang menerima anugerah Perdana Belia Negara tidak datang untuk menerima hadiah masing-masing sebaliknya yang naik ke pentas adalah wakil mereka melainkan ketogari wanita.
Kunjungan para belia juga tidak menepati sasaran kemungkinan besar perasaan untuk menyertai belia di kalangan anak muda sekarang kian luntur ekoran program belia sering dikaitkan dengan Umno.
Bila Umno mula ditolak kerana sikap ego dan suka menyeleweng dalam pentadbiran negara maka tidak hairan pada pilihanraya umum ke 12 lalu menyaksikan sokongan para belia tidak secergas dulu.
Pemuda lingkungan umur 20 an dan 30 an kelihatan lebih senang dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai tapak untuk mereka bergantung harap bagi mengapai impian di masa depan.
Sebab itu program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan sehari suntuk itu terpaksa memanggil banyak agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), pertandingan auto show, artis akademi fantasia dan sebagainya untuk mengamit hadirin.
Namun, sampai tengahari tadi hadirin semakin meninggalkan lokasi berkenaan dan menambahkan lagi kesuraman majlis tersebut.
Memandangkan majlis formal kerajaan, apa salahnya Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perdana
Menteri (ICU) menjemput Exco Belia dan Sukan, pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri, Ong Kok Fooi mewakili Kerajaan Negeri.
Tentu ramai akan puji bagi menunjukan kerjasama boleh dijalin atas nama semangat belia walaupun berbeza ideologi politik.
Adakah para belia hanya didedahkan dengan politik sebelah pihak sedangkan para belia lebih mengetahui politik mana yang patut didukungi.
Sikap yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan sendiri menyebabkan para belia muak dan menjauhi Persatuan Belia yang dulunya menjadi kekuatan masyarakat kampung.
Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Perdana Pertubuhan Belia 2012 yang dimenangi oleh Pertubuhan Belia Hindu (HYO) Cawangan Butterworth.
Manakala kategori wanita penganugerahan Perdana Belia Negara diperolehi oleh Nagespary a/p Nadarajan.

~Harakahdaily
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.