Pihak PKR telah membuat
analisis kewangan mengenai bakal keuntungan penuh FELDA daripada
Initial Public Offering (IPO) FGVH. Analisis kewangan kami menunjukkan
bahawa FELDA bakal menerima RM18.7 bilion daripada hasil IPO FGVH.
Keuntungan FELDA terdiri daripada tiga perkara:
- Wang tunai hasil penjualan saham sebanyak 1.2 bilion FGVH: RM5.6 bilion
- Ekuiti 40% dalam FGVH: RM6.8 bilion
- Kutipan sewa RM500juta setahun untuk 99 tahun, Nilai Bersih Kini (Net Present Value) @ kadar diskaun 8%: RM6.2 bilion
Pembayaran durian runtuh sebanyak RM1.7 bilion (RM15, 000 x 112.635 peneroka) adalah merupakan hanya 9% daripada bakal keuntungan FELDA.
Pemberian 9% adalah tidak adil sama sekali dan memang tidak memuaskan. Kami ingin mengingatkan Perdana Menteri Dato 'Seri Najib Tun Razak, bahawa salah satu objektif utama FELDA adalah untuk memastikan kaum peneroka dapat menikmati taraf hidup ekonomi yang baik. Kalau kedekut bagi 9% sahaja, macam mana kaum peneroka nak jadi makmur?
Kami juga prihatin kepada bisikan penganalisa-penganalisa kewangan (market talk) bahawa FELDA akan menyerahkan Felda Asset Holdings Company (FAHC) kepada koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF).
Pada masa ini, FAHC adalah sebuah syarikat milik 100% FELDA dan pada masa IPO, ia akan memiliki 17% saham FGVH. Sekiranya FAHC diserah milik kepada KPF dalam beberapa minggu yang akan datang ini, jumlah penuh durian runtuh campur ekuiti FAHC adalah RM4.6 bilion.
Walaupun dana ini nampaknya besar, tetapi dari segi peratusan, peneroka hanya akan mendapat 25% daripada jumlah keuntungan FELDA.
Peneroka perlu dilayan dengan hormat dan adil
Sekali lagi, kita perlu bertanya mengapa FELDA perlu membolot majoriti keuntungan (75% atau 91%) dabn peneroka menerima cuma 9% atau 25%? Mengapakah peneroka selalu diberikan tawaran-tawaran yang buruk?
Kami ingin mengulangi pendapat kami bahawa sebagai durian runtuh, setiap isi rumah peneroka sepatutnya menerima kira-kira RM50,000 (angka RM53,000 adalah lebih tepat).
Sekiranya setiap isi rumah peneroka dibayar durian runtuh RM53,000 campur dengan pemilikan penuh FAHC, maka peneroka akan menerima satu tawaran yang adil saksama, iaitu pembahagian 50-50 dengan FELDA. Pembahagian 50-50 adalah yang paling adil dan patut.
Kami mencabar PM Najib untuk memberi satu keadilan kepada peneroka dan berhenti memihak kepada FELDA yang kini terlalu dipolitikkan dan diketuai oleh Tan Sri Isa Samad. FELDA perlu bebas dari politik dan peneroka perlu dilayan dengan hormat dan adil.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.