Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan
Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau
Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah
seorang ADUN.
Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di
Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk
berdebat.
Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.
Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.
Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.
Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.
Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.
Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.
Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

~Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.