Mohon klik iklan 1X yer

12 May 2012

Corporate atau Keparat

Dua terma yang hampir sama bunyi, tapi berbeza maksud.Namun pada hakikatnya, dua-dua pun sama ja 2x5. Golongan corporate = golongan elit yang berkedudukan tinggi dalam hiraki kekayaan dunia. Manakala golongan keparat pula kebanyakannya terdiri daripada golongan corporate. Golongan makan duit rakyat, perah titik peluh orang lain untuk memenuhkan kantung sendiri. Siapa setuju angkat jari? Senang cerita tekan 'like' aja la kan....

Pakaian branded, makan restoran 5 star, main golf, kereta mewah etc adalah life style golongan corporate. Golongan keparat pula? Pun sama jugak, takda beza.Untouchable, tidak boleh dikritik, sikap double standard, talam 14 muka dan bermacam-macam lagi adalah kriteria yang melengkapkan ciri-ciri seorang manusia untuk bergelar orang corporate, yang sebenarnya lebih senang untuk disebut sebagai keparat.. Setuju lagi? bagusss.... memang sekepala dengan aku.

Gua tak ambik port sangat dengan kekayaan dan pangkat ni, serius.Namun kalau diberikan peluang dan rezeki untuk pergi ke arah itu, kenapa tidak dicuba..

Tapi rasanya gua tak perlukan semua itu.Tak mahu pening kepala pikir pasal kereta Bugatti Veyron yang road taxnya 24k setahun kena calar atau kena rompak, tak nak sakit kepala pikir macamana nak larikan diri dari LHDN yang sentiasa kejar orang-orang keparat yang tak mau bayar income tax, dan tak payah pening kepala cari proksi untuk letak nama orang lain atas rumah mahligai berjuta ringgit semata-mata nak lari dari SPRM. Bersyukurlah dengan apa yang ada..

Pasal apa golongan elit dan corporate sebelah sana ramai berperangai macam taik agaknya? Apatah lagi kalau berjawatan dalam politik sinun. Cakap berdegar-degar, Projek sana sini, tapi hari-hari duduk minum kedai tu jugak. Kawan jugak yang bayar. 
Kelentong sana sini, hutang pun sana sini. Projek selalu tak siap. Tapi projek sana sini dengan betina boleh pulak.
Memang bukan semua, ada juga yang baik sebenarnya tapi kebanyakannya memang memiliki perangai keparat. Berjalan hidung tinggi, cakap tinggi melangit. Kalau tak berlagak memang tak sah. Eksen mengalahkan mangkuk jamban. Aku tak heran dengan status dan duit yang lu ada.Aku lagi selesa dengan gerai daripada restoran yang ada bintang. Kalau asik buat kerja haram gesel-gesel kat SPA atau pusat urut tapak kaki jangan nak bersurah pasal agama.
 Go to hell & burn yourself

Sakit hati dan menyampah ni kalau nak diceritakan berminggu-minggu pun takkan habis.Pendek kata, sabar saja la labu..Lumrah dunia memang begitu.Manusia tiada yang sempurna.Dan ketidaksempurnaan itulah yang mencorakkan dunia sebenarnya.

4 comments:

  1. ya kawan, begitulah yang namanya kehidupan, dnia juga tidak sempurna, yang penting kita sebagai manusia yang paham kita harus maklum, dan berlapang dada, karena pada hakekatnya kita ini milik Allah, dan akan kembali kepadanya...
    salam sukses kawan, jangan lupa mampir juga yah
    ditunggu loh....

    ReplyDelete
  2. dipanggil mengadap utk naik pangkat ke BRO? . huhu

    ReplyDelete
  3. Sebabnya dalam dunia ini ramai orang senang ditipu...apabila ramai orang begitu mudah ditipu...senanglah keparat dan corporate tu bermaharajalela....hari2 dok pikiaq, sapa dia nak makan....

    ReplyDelete

Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.