MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan
penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun
mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor
seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia,
Sabtu lalu.
Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.
Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.
"Sebagai
pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan
ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian
utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.
Beliau
mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan
dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan
lebih berkesan.
"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.

Mengulas
lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu
malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan
MAM.
"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.
"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami," kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.
Dengan UMNGOK..apa pun boleh..JOM TUKAT
ReplyDelete