KEADILAN
mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh
kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings
(FGVH) di Bursa Malaysia.
Pengarah
Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah
keseluruhan 847,362 ekar tanah yang dipajakkan dan kini diuruskan oleh
Felda Plantations Sdn Bhd.
Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
“KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat.
“Semakan
kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak
ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang diwartakan sebagai
tanah rezab Melayu di seluruh negara,” katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.
Menurut Rafizi, FGVH diberi hak menguruskan tanah itu selama 99 tahun melalui satu perjanjian dengan Felda pada 1 November 2011.
Katanya,
syarat pindah milik tanah rezab Melayu sangat ketat dan jika statusnya
dibatalkan, kerajaan negeri perlu menggantinya dengan keluasan yang
sama.
“(Tetapi) perjanjian ini tidak sebut sama ada status tanah ditukar atau tidak.
“Selepas
‘initial public offering’ (IPO), penjualan saham akan dibuka seluasnya
termasuk kepada syarikat asing, dan peruntukan saham kepada peneroka
hanya 2.5 peratus,” katanya.
Berikutan
itu, beliau menunggu jawapan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mengapa tanah yang
diperuntukkan kepada orang Melayu turut dipajak kepada FGVH.
“Apakah
jaminan kerajaan bahawa tanah ini tidak bertukar tangan, dan
pembangunannya nanti mengikut semangat tanah rezab Melayu yang digubal
hampir 100 tahun lalu,” soalnya lagi.
Enakmen
Rizab Melayu 1913 diperkenalkan pada 1 Januari 1914 dan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan negeri dengan tujuan untuk menjamin pemilikan tanah
orang Melayu.
Menurut
Perkara 89(3) Perlembagaan Persekutuan, tanah rizab yang dibatalkan
wajib digantikan di tanah lain yang sama jenis dan luasnya di negeri
yang sama.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen apa saja aseikan tidak melanggor undang2 syarak, undang2 negara dan undang2 skmm. Komen yang tidak berakhlak akan dipadam.