Seronok bila kita lihat gelagat kumpulan-kumpulan pro-UMNO
yang tidak habis-habis menibai parti oposisi dengan macam-macam tomahan dan
fitnah yang tidak masuk akal.
Tatkala masyarakat Malaysia sudah memahami erti
persaudaraan dan kerjasama Bangsa Malaysia, UMNO-BN masih lagi dengan agenda
memecah-belahkan rakyat.
Menakutkan Melayu dengan bukan Melayu, melaga-lagakan
antara agama … ini semua kerja yang penjajah British pernah buat dahulu.
Pecah-belahkan rakyat dengan fitnah ini kerja jahat. Tetapi
gabungan oposisi dalam Pakatan Rakyat yang bergerak untuk sedarkan rakyat
tentang salah guna kuasa dan diskriminasi UMNO-BN dan memilih kerajaan yang
lebih telus adalah satu usaha suci. Apa yang salahnya?
Fitnah dan tomahan terhadap Pakatan Rakyat bertujuan bukan
untuk mendidik masyarakat tetapi cuma untuk memecah-belahkan kesatuan hati
rakyat Malaysia yang makin sedar tentang kebejatan UMNO dan pemimpin-pemimpin
mereka.
Bak kata orang, inilah jadinya bila sudah tidak ada modal
bercakap sampaikan berfikir pun tak boleh…
Macamlah rakyat kita sekarang tak pandai berinternet.
UMNO dan projek ‘ali baba’
Hal kumpulan-kumpulan pro-UMNO ini sama sahaja macam
kontraktor bumiputera yang mengalibabakan projek yang mereka dapat daripada
kerajaan negeri.
Maka, keluarlah macam-macam nama ‘syarikat enterprise’
seperti Perkasa, Jati, Tibai dan sebagainya.
Mungkin disebabkan UMNO-BN sendiri tidak terjawab dengan
masalah kronisme, rasuah, salah guna kuasa dan diskriminasi, satu-satu cara
yang tinggal bagi mereka ialah berdiam diri dan melantik puak lain untuk
bersuara mewakili mereka.
Inilah kerja pengecut.
Perkasa melawan DAP, Jati melawan PAS, TIBAI melawan PKR.
Samalah jugak konsepnya dengan buat projek alibaba. Ada dapat sub
elektrik, ada dapat sub plumbing, ada dapat sub
mengecat…
‘Alibaba’ satu hal, yang satu hal lagi seolah-olah UMNO dan
kumpulan-kumpulan ini kelihatan sudah tidak keruan.
UMNO-BN tuduh DAP anti-Islam, tapi peruntukan untuk
pentadbiran Islam di Pulau Pinang semasa BN cuma 12 juta, sekarang di bawah PR
ialah RM64 juta…
UMNO-BN tuduh PAS parti ekstremis Melayu-Islam, bila PAS
bekerjasama dalam PR, dia tuduh pula PAS gadaikan Islam…
UMNO-BN tuduh PKR di Selangor kuat korup, tetapi ketua
audit Negara sendiri memuji pentadbiran PR di Selangor. Tengoklah siapa yang
sangkut isu rumah RM24 juta di Shah Alam!
Jadi, mereka nampaknya sudah tidak ada modal, perkara yang
dilihat ‘relevan’ untuk menutup kelemahan mereka sendiri ialah dengan
terus-menerus memainkan isu ‘moral’ pemimpin utama oposisi.
Siapa pun boleh mendakwa itu dan ini.
Bukan politik bijak
Kalau mau, siapa pun boleh bariskan skandal-skandal
pemimpin UMNO … buat master plan dan petik saja nama-nama tertentu.
Akan tetapi, ini bukan politik yang matang. Kata cerdik
pandai, pedang lawannya pedang, idea lawannya dengan idea, barulah bijak.
Makin hari, rakyat makin muak dengan mainan politik lucah
dan busuk pemimpin-pemimpin UMNO-BN ini.
Apapun kita rasa hairan juga. Yang nak bertanding
pilihanraya ialah UMNO-BN, tetapi yang kuat buat kerja burukkan orang ialah
kumpulan-kumpulan lain.
Harap-harap nanti tidaklah melopong, dapatlah wakil TIBAI,
JATI dan PERKASA bertanding atas tiket BN.
lunyai bro.. takdak jalan depa nak kona baring lagi..
ReplyDelete